Lauk yang mudah penyediaannya,sesuai dijadikan lauk untuk bersahur dan berbuka…sesuai untuk ibu2 yang bekerja atau yang sibuk sepanjang hari… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Ayam Perap Masak Kicap™

Lauk yang mudah penyediaannya,sesuai dijadikan lauk untuk bersahur dan berbuka…sesuai untuk ibu2 yang bekerja atau yang sibuk sepanjang hari… :)

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam (1kilo) – potong kecil
  • 6 ulas bawang putih*- ditumbuk halus
  • 1/2 ibu jari halia* – ditumbuk halus
  • 1 sb cili giling* (lebihkan jika suka lebih pedas)
  • 1 sb serbuk rempah kari*
  • 1 sk serbuk kunyit*
  • 1/2 cawan kicap manis* (lebihkan jika suka, ikut selera)
  • 1-2 sb air asam*
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar** – hiris bulat
  • 2 biji kentang** – potong baji dan goreng
  • 2 biji tomato** – belah 4
  • 1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau** – dipotong serong
  • 1 biji lada benggala merah** (jika suka) – potong kecil
  • sedikit daun sop,daun bawang** – dihiris
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ayam dan toskan.Masukkan ke dalam sebuah mangkuk dan campurkan ayam dengan bahan2 yang bertanda * . Gaul rata2 hingga sebati.Perapkan dan simpan dalam peti ais untuk beberapa jam atau semalaman.
  • Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali/periuk dan masukkan perapan ayam dan gaul hingga rata.Tutup kuali/periuk dan masak lauk ayam hingga pekat atas api sederhana.
  • Buka penutup kuali/periuk dan kacau lagi rata2 dan tambah sedikit air jika inginkan berkuah.Tambah sedikit garam dan gula jika perlu secukup rasa.
  • Akhir sekali masukkan bahan2 bertanda ** dan gaul sebati dan masak hingga lembut atas api kecil.
  • Siap untuk dihidangkan.Tabur sedikit bawang goreng,dan tambahan hirisan daun sop dan daun bawang jika suka.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN