untuk peminat Thai food

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Masak Paprik

untuk peminat Thai food

BAHAN-BAHAN

  • 300 gm isi ayam – potong kecil/kiub
  • Kacang panjang/bunga kobis/carrot/jagung muda/tomato – dipotong kecil
  • 3 ulas bawang putih – diketuk
  • 1 ulas bawang besar – dipotong baji
  • 1/2 inci halia – diketuk
  • 1 batang serai – diketuk
  • 6 ulas cili padi – diketuk
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 3 helai daun limau purut – dikoyak-koyak
  • Garam secukup rasa (jika perlu)
  • 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
  • Satu cawan air (jika suka berkuah)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, bawang besar, serai, halia dan cili padi hingga naik bau.
  • Masukkan isi ayam, goreng dan kacau hingga nampak ayam dah putih.
  • Masukkan semua sos dan daun limau purut. Tambah air untuk kuah, kacau lagi.
  • Masukkan semua sayuran kecuali tomato masuk lambat sikit.
  • Rasakan kuah, kalau kurang masin je br tambah garam (sos ikan selalunya dah cukup masin).
  • Masukkan tomato dan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. Siap untuk dihidang.
  • NOTA – tambah tepung jagung jika perlu je, jangan banyak sgt nanti kuah tu kering coz terlalu pekat. Selamat mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN