Resepi dari majalah yg telah diuji di dapur kite…(Dah tinggal sikit baru teringat nak kongsi..)so mana yg ada je..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Masak Kolio

Resepi dari majalah yg telah diuji di dapur kite…(Dah tinggal sikit baru teringat nak kongsi..)so mana yg ada je..

BAHAN-BAHAN

  • 500g ayam ~ 1/2 ekor ayam sederhana besar
  • 300ml santan pekat
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 3 helai daun limau purut (siat2)
  • 2 keping asam gelugur
  • garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • * 5 ulas bawang merah
  • *4 ulas bawang putih
  • *2sm halia
  • *2sm lengkuas
  • *2sm kunyit hidup
  • Kisar bersama bahan2 bertanda*
  • Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan kisar bersama cili kisar sehingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan ayam dan santan pekat. Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih dan ayam empuk.
  • Masukkan asam gelugur, daun limau purut dan didihkan sehingga kuahnya menjadi pekat.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa biarkan masak hingga agak kering.
  • Angkat dan hidangkan..Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN