Resipi turun-temurun dan kesukaan sekeluarga.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Kurma Bonda

Resipi turun-temurun dan kesukaan sekeluarga.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam dipotong 16 bahagian
  • Rempah tumis (kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga)
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • (*Bahan kisar):
  • * 1 biji bawang besar
  • * 5 ulas bawang putih
  • * 2 inci halia
  • 5 sudu besar rempah kurma
  • 2 biji kentang dibelah 2 – 4
  • Air secukupnya
  • Minyak sapi/minyak masak
  • Garam
  • Gula
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak sapi/minyak masak dan tumis rempah tumis, jintan manis dan jintan putih dahulu dan masukkan pula bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau dan garing.
  • Selepas 5-8 minit masukkan rempah kurma dan tumis sehingga kering dan masukkan air sedikit demi sedikit.
  • Masukkan ayam dan ubi kentang, kacau sebentar selama 5 minit.
  • Tambah air ikut kesukaan dan masak sehingga ayam dan ubi kentang hingga empuk.
  • Masukkan gula dan garam ikut suka rasanya.
  • Tunggu sehingga kesemuanya siap dimasak dan bolehlah dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN