Sumber: jiran, kukus dalam 20 minit je.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ayam Kukus
Sumber: jiran, kukus dalam 20 minit je.
BAHAN-BAHAN
- 300gm ayam
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
- Sedikit halia (ditumbuk)
- Sedikit lada sulah
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil kicap pekat
- Sedikit air asam jawa (gunakan hanya sedikit air)
- Garam secukup rasa
- Lobak merah + kacang pis + daun sup + kubis bunga (dipotong kecil)
- Beberapa cili padi (dipotong)
CARA PENYEDIAAN
- Campurkan semua bahan kecuali sayur dan cili dan perap ayam semalaman atau 3-4 jam.
- Kukus ayam yang sudah diperap ini dalam kukusan.
- Apabila hampir masak, masukkan sayur dan cili. *Semasa mengukus, ayam akan mengeluarkan air dan minyaknya sendiri seterusnya menghasilkan sedikit kuah.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.