Resipi dari dapur saya… senang dimasak. Ayam boleh diganti dengan ikan atau daging.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Goreng

Resipi dari dapur saya… senang dimasak. Ayam boleh diganti dengan ikan atau daging.

BAHAN-BAHAN

  • 200g ayam (dibuang tulang)
  • 1/4 sudu kecil garam (boleh lebih sikit jika suka masin)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • Sedikit serbuk lada putih/hitam
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur (saiz L), dipukul (tak payah sampai kembang)
  • 1-2 cawan serbuk roti kering
  • Minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Ayam dihiris nipis. Perap ayam dengan garam, bawang putih dan lada putih/hitam selama 10 minit.
  • Letak separuh tepung dan serbuk roti dalam mangkuk yang berasingan. Bila dah nak habis baru tambah, jadi tak bazir.
  • Ambil sekeping ayam, salut dengan tepung > telur > serbuk roti.
  • Goreng sehingga perang keemasan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN