Resepi ayam bakar yang paling sedap yang pernah saya cuba dan ingin berkongsi dengan rakan-rakan.. pasti menjilat jari!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam BBQ

Resepi ayam bakar yang paling sedap yang pernah saya cuba dan ingin berkongsi dengan rakan-rakan.. pasti menjilat jari!

BAHAN-BAHAN

  • 2.0 kg ayam
  • 1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 batang serai
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan gula
CARA PENYEDIAAN
  • Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. Kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.
  • Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur.
  • Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.
  • Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais. (Lagi lama perap lagi sedap!)
  • Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak. Selamat mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN