Kuih tradisi Perlis…tidak pasti masihkah ada yang memgingati kuih lama ini. Zaman dulu orang goreng kuih ini dalam batil tembaga. Nama Awang Batil itu, adalah sejarahnya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Awang Batil

Kuih tradisi Perlis…tidak pasti masihkah ada yang memgingati kuih lama ini. Zaman dulu orang goreng kuih ini dalam batil tembaga. Nama Awang Batil itu, adalah sejarahnya.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan Kulit:
  • 4 cawan ubi keledek (rebus dengan air garam dan lenyek halus)
  • 1 cawan ubi kentang (rebus dengan air garam dan lenyek hingga halus)
  • Tepung gandum secukupnya
  • Sedikit garam sebagai perasa jika perlu
  • Bahan Inti:
  • 3 biji kentang (didadu kecil)
  • 1 bungkus kecil serbuk kari ayam
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 ulas bawang putih (mayang)
  • 2 ulas bawang merah (mayang)
  • 1 labu bawang besar (dadu kecil)
  • Sedikit isi ayam yang dicincang
  • Minyak
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan ubi keledek, ubi kentang, tepung dan garam dalam bekas menguli (saya masuk dalam mesin saja). Uli sehingga menjadi doh yang lembut. Ketepikan.
  • Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih, bawang merah, bawang besar dan daun kari hingga naik bau. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan 2 gelas air, kentang, isi ayam, garam dan gula. Masak hingga kentang empuk dan biarkan kering.
  • Ambil sedikit adunan tepung tadi dan masukkan inti. Buatkan bentuk lonjong seperti membuat Cek Mek Molek. Buat hingga habis adunan.
  • Panaskan minyak dan goreng kuih ini hingga keemasan. Sedia untuk dihidang ketika minum petang atau sarapan pagi.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN