resepi ni lebih kurang macam asam pedas daging…cuma dia tambah halba dan tak letak daun kesum dan bunga kantan…saya suka rasa dia macam kari skit…resepi jiran saya jugak ni…:)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Asam pedas ikan kembong

resepi ni lebih kurang macam asam pedas daging…cuma dia tambah halba dan tak letak daun kesum dan bunga kantan…saya suka rasa dia macam kari skit…resepi jiran saya jugak ni…:)

BAHAN-BAHAN

  • 7- 10 ekor ikan kembong
  • 1 bawang besar *
  • 5-6 bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 sudu kecil lada hitam biji*
  • 1sudu besar ketumbar biji*
  • 1 sudu besar jintan kasar*
  • 1 sudu besar jintan halus*
  • 1inci lengkuas *
  • 2 buah keras*
  • 1 inci kunyit hidup* ( blend bahan*)
  • 20-30 cili kering** – direbus dulu dan toskan
  • 1 sudu besar belacan ** (bahan **diblend lumat..isi sedikit minyak masak utk hancurkan biji cili kering)
  • 1 sudu kecil halba
  • 6-8 batang serai – diketuk bagi hancur
  • 2 sudu besar asam jawa – dicampur dgn air
  • minyak tuk menumis, garam dan gula
  • 2 paket kacang bendi
  • 2 biji tomato – dibelah 6
CARA PENYEDIAAN
  • tumis minyak 1/2 cawan….dah panas minyak..tumiskan bahan blend * hingga naik bau dan masukkan serai yg telah diketuk tadi…bila dah agak kering airnya tumisan tadi…masukkan halba….kacau2 sekejap…baru masukkan bahan blend **….masak sampai pecah minyak….macam masak asam pedas biasa…..
  • bila dah pecah minyak…masukkan air asam jawa dan air secukupnya..ikut la pekat mana yg kita nak…jgn cair sgt..nanti tak best….masak sampai kuah didih dan bila dah didih..kecik kan api…nak bagi kuah tadi terbit minyak pulak….
  • bila dah terbit minyak kuah tadi masukkan buah tomato dan kacang bendi. kemudian masukkan ikan. biar ikan tu tenggelam masak hingga bendi tadi layu atau bertukar warna ….kemudian masukkan garam dan gula…rasa kuahnya…kalau o.k boleh tutup api…….siap utk dihidangkan. kuah ni dia tak pedas sgt sebab kena pandai imbang rasa gula tu…dan tak jugak masam sgt…gula tu memainkan peranan….kena pandai im
  • ( nota: kalau ada lebihan kuah jgn dibuang…boleh isi telor rebus atau masukkan sardin…memang sedap tambah2 kuah ni dah dimasak lama rasanya lagi sedap)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN