Asam Pedas sememangnya seinonim dengan masakan Melayu dan jika kena cara masakannya, pasti menjilat jari. Asam pedas ini adalah berasal dari Melaka dan ia dimasak mengikut cara baba dan nyonya. Cubalah.. pasti terangkat..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Asam pedas ala baba nyonya

Asam Pedas sememangnya seinonim dengan masakan Melayu dan jika kena cara masakannya, pasti menjilat jari. Asam pedas ini adalah berasal dari Melaka dan ia dimasak mengikut cara baba dan nyonya. Cubalah.. pasti terangkat..

BAHAN-BAHAN

  • 1. Ikan pari 2. 2 kuntum bunga kantan 3. Daun kesum 4. Sedikit asam jawa 5. Cili giling 6. Sedikit belacan 7. Nenas 8. Minyak masak 9. Air 10. Bawang besar 1 biji 11. sebatang Serai
  • Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
  • 1. Sebiji bawang besar dikisar halus bersama belacan, cili giling dan 1 bunga kantan yang telah dipotong.
    2. Panaskan kuali dengan minyak dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masak hingga pecah minyak
    3. Setelah itu masukkan air asam jawa bersama satu lagi bunga kantan yang telah dibelah dua serta daun kesum
    4. Ketuk serai dan masukkan ke dalam masakan tadi.
    5. Masukkan nenas yang telah dipotong separuh halus
    6. Masukkan garam dan gula.
    7. Masak sehingga sedikit pekat

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN