Aiskrim bersalut conflakes dan walnut.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Aiskrim Goreng

Aiskrim bersalut conflakes dan walnut.

BAHAN-BAHAN

  • 5 sudu aiskrim vanila
  • 1 biji telur
  • 1 cawan ‘conflakes’
  • 1 cawan walnut cincang
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sirap coklat secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Sudu/scoop aiskrim yang saya guna seperti gambar di sebelah:
  • Masukkan 1 sudu aiskrim ke dalam bungkus plastik. Bungkus biar jadi bentuk bola. Simpan dalam pembeku sekurang-kurangnya 2 jam.
  • Campurkan ‘conflakes’ dan walnut ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan ke dalam beg plastik. Ramas-ramaskan ‘conflakes’ biar hancur.
  • Keluarkan aiskrim dari pembeku dan buka plastik. Masukkan aiskrim ke dalam beg plastik tadi. Goncang-goncang biarkan aiskrim bersalut dengan ‘conflakes’ dan walnut . Keluarkan aiskrim dari beg plastik. Simpan semula ke dalam pembeku selama 30 minit atau lebih.
  • Pukul telur dengan pemukul telur. Masukkan aiskrim ke dalam telur. Kemudian masukkan pula ke dalam beg plastik ‘conflakes’ dan walnut. Goncang biarkan keseluruhan aiskrim bersalut. Buat satu persatu sampai habis. Masukkan semula ke dalam pembeku. Biarkan 1 jam atau lebih. Kalau nak salutan (coating) tu tebal boleh ulang langkah ni sekali lagi.
  • Panaskan minyak. Goreng aiskrim selama lebih kurang 30 saat. Angkat dan bolehlah terus makan. Kalau suka bolehlah letakkan sirap coklat di atasnya.
  • ** Minyak yang diguna untuk menggoreng biarlah betul-betul panas atau 200C.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN