Agar-agar yang selalu saya buat untuk keluarga..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Agar-Agar Semangka

Agar-agar yang selalu saya buat untuk keluarga..

BAHAN-BAHAN

  • 1 bungkus agar-agar yang panjang
  • 2½ cawan gula pasir (kalau suke manis, boleh lebihkan sikit)
  • 6 cawan kecil air
  • 4 biji putih telur
  • Sedikit pewarna hijau untuk kulit
  • Sedikit perwarna merah/kuning untuk isi
  • Sedikit kismis untuk biji
  • Sedikit esen ros (jika suke)
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul putih telur hingga kembang.
  • Sementara itu, masak agar-agar bersama gula dan air sehingga larut. (Boleh dimasukkan esen rose jika suke).
  • Tapis agar-agar yang larut tu ke dalam putih telur yang telah dipukul dan pukul lagi hingga hampir sejuk.
  • Kemudian tuangkan ke dalam bekas bulat besar.
  • Tarukkan sedikit pewarna merah/kuning di tengah agar-agar dan kacau dengan penyepit (‘chopstick’) atau lidi sate. Jangan kacau sehingga terkena dasar bekas.
  • Letakkan kismis di permukaan agar-agar tadi. Masukkan di dalam peti sejuk.
  • Bila agar-agar dah sejuk, keluarkan dari bekas dan terbalikkan lalu disapu dengan pewarna hijau sebagai kulit.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN