resepi dan acuan dari mak saya la… anak saya, nazira suka bawa untuk jamuan akhir tahun dia..dah 3 tahun berturut2 dia bawa agar-agar ni untuk jamuan dia… tak bosan ke? pelik la budak2 ni

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Agar-agar arnab

resepi dan acuan dari mak saya la… anak saya, nazira suka bawa untuk jamuan akhir tahun dia..dah 3 tahun berturut2 dia bawa agar-agar ni untuk jamuan dia… tak bosan ke? pelik la budak2 ni

BAHAN-BAHAN

  • 32 gm agar2 dibasuh dan tos
  • 2 liter air
  • 1 tin susu cair
  • 300 gm gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit pewarna merah (utk mata) dan hijau untuk rumput)
  • esen ros
CARA PENYEDIAAN
  • masak agar2 dengan air dan daun pandan hingga agar-agar larut.
  • masukkan gula, susu esen ros.
  • ambil sebahagian agar2,masukkan ke dalam acuan arnab, sejukkan.
  • ambil sesudu agar2 dan warnakan merah, ketepikan.
  • warnakan agar2 selebihnya dengan warna hijau. tuang ke dalam bekas hidang.
  • apabila ‘arnab’ beku, keluarkan dari acuan.
  • untuk mewarna mata, panaskan agar2 merah (dalam sudu) di atas api, gunakan berus kecil untuk menyapu mata arnab, hati2 jangan sememeh (comot)
  • letakkan arnab di atas agar2 hijau, siap untuk di hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN