Categories: Resipi

Resipi Tepung Pelita, ‘Newbie’ Boleh Ikut Cara Ini Mudah & Tak Rumit!

Kami ingin kongsikan resipi tepung pelita yang merupakan pencuci mulut wajib dicari setiap kali tiba bulan puasa! Siapa jeĀ yang tak suka tepung pelita ini terutama sekali jika dimakan sejuk-sejuk.

Resepi ini menggunakan bahan-bahan mudah dan teknik yang tidak rumit, sesuai untuk mereka yang ingin menyediakan kuih klasik ini tanpa perlu bersusah payah.

Kalau anda tiada daun pandan, gunakan sahaja bekas comel seperti bekas dadih sebagai pengganti.

Jom baca resipi perkongsian di bawah ini.

Baca lagi: Resipi Kek Coklat Tiramisu Cheese Leleh, Setiap Suapan Terasa Nikmatnya!

RESIPI TEPUNG PELITA

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahagian Bawah Hijau:

  • 1 cawan tepung beras
  • 4 cawan air biasa (dikisar dengan 5 helai daun pandan untuk aroma dan warna asli)
  • 1 helai daun pandan (disimpul, untuk dimasukkan semasa masak nanti)
  • 1 cawan gula pasir
  • Sedikit pewarna hijau (jika warna pandan kurang terang)

Bahagian Atas Putih:

  • 4 cawan santan
  • 4 sudu besar tepung beras
  • Garam halus secukup rasa (untuk rasa lemak masin yang seimbang)

Cara-cara Penyediaan:

Langkah 1: Bahagian Bawah Hijau (Pandan)

1. Masukkan semua bahan untuk bahagian hijau ke dalam kuali: tepung beras, air pandan (air yang dikisar dengan daun pandan), gula pasir, dan simpulan daun pandan.

2. Kacau adunan ini secara perlahan di atas api sederhana sehingga adunan menjadi pekat dan menggelegak (terbit letup-letup).

3. Setelah adunan pekat dan sebati, tuangkan ke dalam bekas pilihan, sama ada menggunakan acuan tradisional atau bekas kecil seperti bekas dadih. Biarkan sejuk sementara menyediakan bahagian atas.

Langkah 2: Bahagian Atas Putih (Lemak-Lemak Masin)

1. Di dalam kuali yang lain, masukkan semua bahan bahagian atas putih: santan, tepung beras, dan garam secukup rasa.

2. Kacau campuran ini sehingga menjadi pekat dan juga menggelegak (terbit letup-letup) seperti bahagian hijau tadi.

3. Tuangkan adunan santan yang telah pekat di atas lapisan hijau yang sudah disediakan tadi.

4. Biarkan sejuk sehingga bahagian atas mengeras sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Julia ALeen Aireish

Baca lagi: Resipi Cucur Ayam Yang Rangup Di Luar & Juicy Di Dalam, Tak Cukup Sepinggan!

Aisha Qistina

Recent Posts

Cara Buat Puding Mangga Yang Lembut, Puas Hati Tengok Buah Penuh!

Resepi puding mangga ini memang sedap dan 'meriah' dengan buah mangga. Memang tak kedekut langsung!…

13 hours ago

Peniaga Ini Dedah Rahsia Buat Burger Jadi Sedap, Patutlah Burger Tepi Jalan Sedap Lain Macam!

Pernah tak tertanya-tanya apa resepi burger yang selalu dijual di gerai tepi jalan itu? Kenapa…

16 hours ago

Kek Sarang Semut Bakar Atas Dapur Gas, Tak Perap Pun Tetap Lembut Berongga!

Sudah sering buat kek secara kukus, sekali-sekala nak cuba cara bakar pula. Kali ini kami…

16 hours ago

Cara Masak Sambal Ronggeng Yang Rangup Kruk Krap, Boleh Tahan Lebih 3 Bulan!

Tak dinafikan mereka yang suka memasak pasti seronok apabila dapat membuat pelbagai jenis sambal dan…

16 hours ago

Resipi Roti Goreng Keju Bersama Hirisan Ayam, Snek Rangup Untuk Si Kecil

Resipi roti goreng keju bersama hirisan ayam ini sangat sesuai sebagai kudapan untuk anak-anak. Walaupun…

17 hours ago

Cara Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning, Ikut Petua Ini Dijamin Berkesan!

Selalunya bila masak mee kuning, pasti ada rasa kapur, kan? Ini boleh membantutkan selera makan…

17 hours ago