telur tumis bawang

Telur tumis bawang merupakan menu yang sedang viral dari negara seberang. Hidangan ringkas ini mendapat perhatian ramai kerana rasanya yang sedap, bahan-bahannya mudah didapati dan cara penyediaannya sangat cepat.

Sesuai dijadikan lauk utama makan tengah hari atau makan malam, pasti akan menjadi kegemaran seisi keluarga. Tambahan pula, kombinasi bawang yang ditumis bersama cili dan telur memberikan aroma serta rasa yang cukup menggoda.

Anda boleh sesuaikan tahap kepedasan mengikut cita rasa masing-masing. Nak pedas, boleh lebihkan cili padi. Nak lebih aroma, boleh tambah ikan bilis atau minyak cili. Tunggu apa lagi, jom cuba masak!

Baca juga: Resipi Telur Dadar Rangup, Kembung & Tak Serap Minyak, Baru Sedap Makan!

RESIPI TELUR TUMIS BAWANG

telur tumis bawang

Bahan kisar:

  • 6 biji lada merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Cili padi (jika suka pedas)

Bahan-bahan lain:

  • Marjerin
  • Beberapa biji bawang merah kecil
  • 5 biji telur
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk lada sulah secukupnya
  • 3 sudu besar ikan bilis kecil yang telah digoreng
  • Minyak cili (jika suka, boleh ditambah untuk rasa lebih pedas dan beraroma)

Cara memasak:

  1. Cairkan marjerin secukupnya di dalam kuali.
  2. Tumis bawang merah dan bahan kisar sehingga naik bau dan layu.
  3. Pecahkan telur ke dalam tumisan, kemudian masukkan garam, gula dan serbuk lada sulah.
  4. Kacau perlahan-lahan sehingga telur masak sepenuhnya.
  5. Setelah api dimatikan, taburkan ikan bilis yang telah digoreng garing di atasnya.
  6. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas!

Sumber: Aisyah Humaira

Baca juga: Resipi Sambal Telur Hancur, Menu Terlajak Jimat Tapi Bukan Main Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN