
Resepi sambal telur hancur memang antara menu yang mudah, cepat dan sangat berbaloi untuk dicuba. Bukan sahaja murah, tetapi rasanya yang pedas manis ini mampu memikat selera sesiapa sahaja.
Dengan hanya beberapa bahan asas yang biasa ada di dapur, anda sudah boleh menikmati hidangan yang penuh rasa ini. Sesuai sangat untuk yang sibuk, nak jimat masa dan duit, tapi tetap nak makan sedap.
Baca juga: Telur Air Asam Terlajak Mudah Dan Sedap, Lauk Viral Ini Bikin Kecur Air Liur!
RESEPI SAMBAL TELUR HANCUR

Bahan-bahan:
- Cili kering (agak-agak saja)
- Bawang merah 1 biji
- 3 biji telur
- Air asam jawa
- Garam
- Gula
Cara-cara:
- Kisar cili kering dan bawang merah.
- Panaskan kuali, tuang minyak masak. letak minyak lebih sikit supaya sambal nampak cantik.
- Tumis sambal hingga pecah minyak, lepas tu masukkan air dan biarkan ia masak sampai pecah minyak lagi (untuk hilangkan bau cili kering).
- Bila dah pecah minyak, masukkan gula, garam dan air asam jawa. Kacau rata.
- Akhir sekali, masukkan telur dan biarkan je.
- Bila telur dah separuh masak, kacau perlahan-lahan. Jangan masak lama jika suka telur kuning separuh masak.
- Jika sambal terlalu kering, tambah sedikit air. Jangan banyak sangat.
- Sedia untuk menjamu selera!
Sumber: Nurhayati Nasir
Baca juga: Tip Masak Lemak Telur Itik Tak ‘Bersepah’ Dalam Kuah, Ikut Cara Mudah Ini
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














