
Resepi butter kek mudah yang dikongsikan oleh Puan Eny Yusniza Abdullah ini memang lain dari yang biasa. Aromanya lebih wangi dan harum. Rahsianya terletak pada penggunaan marjerin sebagai ganti pure butter.
Sebenarnya, kek butter yang menggunakan marjerin juga lebih lembap dan gebu teksturnya. Bila makan, memang langsung tak rasa kering! Malah, marjerin juga lebih jimat berbanding pure butter.
Kalau anda nak cuba sendiri di rumah, boleh tengok resipi penuh di bawah!
Baca juga: Resipi Kek Batik Coklat Melting, Bila Gigit Lembut Macam Kek!
RESEPI BUTTER KEK MUDAH GUNA MARJERIN

Bahan-bahan:
- 250 gram tepung naik sendiri
- 250 gram marjerin Latifolia (boleh juga guna marjerin lain seperti Buttercup)
- 6 sudu besar buttermilk (campuran susu dengan ½ sudu besar cuka atau boleh gantikan dengan yogurt – boleh juga abaikan jika tiada)
- 220 gram gula kastor
- 4 biji telur
- 1 sudu teh creamy vanilla (bukan esen vanilla biasa, ini lebih sedap!)
- ½ sudu teh butter oil (perisa mentega) – boleh diabaikan jika tiada
- ½ sudu teh garam
Cara-cara penyediaan:
- Putar gula dan marjerin sehingga betul-betul berkrim dan ringan.
- Masukkan telur satu per satu sambil terus memukul. Tambahkan creamy vanilla dan butter oil.
- Masukkan garam, kemudian teruskan memukul sekejap lagi.
- Masukkan separuh daripada tepung, diikuti dengan buttermilk. Pukul sekejap, kemudian masukkan baki tepung dan pukul lagi sekejap saja.
- Gunakan spatula untuk kaup balik adunan, jangan pukul terlalu lama selepas tepung dimasukkan kerana kek boleh menjadi liat.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160°C selama lebih kurang 45 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya (bergantung pada oven masing-masing).
Sumber: Eny Yusnizar Abdullah
Baca juga: Resipi Kek Ros Santan Lembut & Cair Di Mulut, Bau Harum Semerbak Satu Rumah!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














