resepi sambal belacan mudah

Resepi sambal belacan mudah memang jadi pilihan ramai kerana rasanya yang pedas, padu dan sesuai dimakan dengan pelbagai lauk kampung. Lagi-lagi kalau makan dengan nasi panas, memang boleh buat bertambah selera.

Namun, seorang wanita di Facebook menarik perhatian ramai apabila berkongsi bahawa sambal belacan sebenarnya lebih sedap jika tidak diletakkan cuka dan gula langsung. Cara yang dikongsikan juga sangat mudah dan hanya menggunakan beberapa bahan asas sahaja.

Baca juga: Resepi Sambal Paling Sedap Tapi Jahat ‘Yakmat’, Sekali Makan Memang Tak Cukup!

RESEPI SAMBAL BELACAN MUDAH

resepi sambal belacan mudah

Bahan-bahan:

Cara Buat Sambal Belacan Mudah:

1. Masukkan cili, belacan dan sedikit air asam jawa ke dalam blender.

2. Kisar sehingga lumat mengikut tekstur yang disukai.

3. Tambahkan garam dan sedikit serbuk perasa. Siap untuk dihidangkan.

Tip Buat Sambal Belacan Jadi Lebih Padu

  • Kalau nak rasa lagi sedap, boleh cuba beberapa tip mudah ini:
  • Bakar belacan sebelum dikisar supaya lebih wangi
  • Campurkan cili merah dan cili padi untuk rasa pedas seimbang
  • Kurangkan air supaya sambal lebih pekat
  • Tumbuk guna lesung untuk rasa lebih tradisional

Bagi yang suka sambal belacan style kampung, bolehlah cuba sendiri resepi sambal belacan mudah ini di rumah. Mana tahu selepas ini terus jadi sambal ‘favorite’ seisi keluarga.

Selamat mencuba!

Sumber: Syahadah Mohd Husin

Baca juga: Sambal Bangkok Pedas Manis, Resipi Asli Untuk Nasi, Ayam Goreng, Ikan Bakar Dan Mi Goreng

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN