talam sri nona

Kuih Talam Sri Nona adalah variasi kuih talam tradisional yang menggunakan gabungan tepung hoen kwee dan tepung kacang hijau untuk memberikan tekstur yang lebih anjal dan lembut berbanding kuih talam biasa.

Rasanya manis, lembut dan lapisan warna-warni membuatkan ia menarik perhatian. Jadi, anda boleh baca resipi penuh di bawah jika berminat untuk mencuba di rumah. Memang tak rugi!

Baca juga: Resipi Talam Ubi Kanda, Bukan Saja Sedap Dimakan Tapi Cantik Dipandang!

RESIPI KUIH TALAM SRI NONA

talam sri nona

Bahan Bahagian A (Lapisan Bawah):

  • 80 g tepung hoen kwee putih
  • 150 g tepung ubi
  • 80 g tepung kacang hijau

Bahan Bahagian B:

  • 200 ml santan pekat
  • 700 ml air
  • 240 g gula pasir
  • 70 g gula merah (dihiris kecil)
  • 1 sudu kecil garam
  • 5 helai daun pandan

Bahan Bahagian Atas (Lapisan Atas)

  • 50 g tepung kastad
  • 50 g tepung beras
  • 70 g tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 300 ml santan pekat
  • 600 ml air
  • 240 g gula pasir
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan Bahagian B dalam periuk.
  2. Masak hingga mendidih dan gula larut sepenuhnya. Kemudian sejukkan.
  3. Tuangkan ke dalam bahan Bahagian A. Gaul rata dan tapis untuk memastikan adunan halus.
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan ikut citarasa.
  5. Kukus setiap lapisan selama 10 minit hingga separuh masak.
  6. Sekarang, satukan semua bahan Bahagian Atas dan gaul hingga sebati.
  7. Tapis adunan untuk memastikan tekstur licin dan bebas ketulan.
  8. Kukus lapisan atas selama 20 minit hingga masak sepenuhnya.

Tips & Petua:

  • Pastikan kukusan berwap panas sebelum tuang adunan agar lapisan cantik dan tidak pecah.
  • Untuk warna lebih menarik, gunakan pewarna makanan semula jadi atau warna kegemaran.
  • Talam lebih sedap jika disejukkan dahulu sebelum dihidang.

Sumber: Ani Hashim

Baca juga: Resepi Kuih Talam Pandan Lembut Gebu, Ini Petua Elak Lapisan Berair Dan Melekat Dalam Loyang

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN