
Kuih talam ubi kanda ialah kuih tradisional yang masih digemari hingga ke hari ini. Teksturnya lembut, kenyal sedikit dan berlemak daripada santan, memang sesuai dinikmati sebagai pencuci mulut atau hidangan minum petang.
Dengan lapisan warna yang cantik aroma harum, kuih ini bukan sahaja sedap dimakan, malah sedap dipandang. Sesuai untuk dihidangkan pada majlis kenduri, rumah terbuka atau tetamu istimewa yang datang ke rumah.
Ikuti langkah lengkap di bawah untuk menghasilkan talam ubi kanda yang lembut, berkanji elok dan bersalut kelapa parut masin yang seimbang rasanya. Hasilnya juga cantik berlapis dan tidak mudah hancur bila dipotong.
Baca juga: Kuih Talam Seri Muka Pandan, Resipi Dijamin ‘Anti-Gagal’ & Lembut Elok!
RESEPI KUIH TALAM UBI KANDA

Bahan-bahan:
- 3 cawan ubi kayu disagat
- 3 cawan santan
- (atau 2 cawan santan kotak + 1 cawan air)
- 1 cawan gula
- Sedikit garam
- Pewarna hijau
- Pewarna kuning
- Sedikit sirap ros (untuk warna merah dan bau wangi)
Nota: Perah air ubi kayu dan biarkan seketika supaya kanji mendap. Ambil kanji tersebut dan gaulkan semula dengan ubi sagat. Jika tidak mendapat kanji, boleh tambah 1 sudu besar tepung ubi kayu.
Cara-cara penyediaan:
- Panaskan periuk kukusan terlebih dahulu hingga air mendidih.
- Sapu loyang bulat 7 inci dengan sedikit minyak dan lapik plastik supaya mudah mengeluarkan kuih selepas masak. Ketepikan.
- Masukkan ubi sagat, santan, gula dan sedikit garam ke dalam mangkuk besar.
- Gaul semua bahan hingga sebati dan tidak berketul.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak.
- Masukkan pewarna hijau pada bahagian pertama, pewarna kuning pada bahagian kedua dan sirap ros pada bahagian ketiga. Gaul setiap adunan hingga sebati.
- Tuang adunan hijau ke dalam loyang. Kukus selama 15 minit sehingga warna menjadi lebih terang dan permukaan adunan kelihatan berkilat serta berkanji.
- Seterusnya, tuang adunan kuning dan kukus lagi selama 15 minit atau sehingga masak.
- Akhir sekali, tuang adunan merah dan kukus selama 30 minit hingga betul-betul masak. Tutup api.
- Angkat loyang dan biarkan kuih sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.
- Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam dan kukus sekejap.
- Apabila kuih telah sejuk, potong mengikut saiz yang diingini dan gaulkan dengan kelapa parut.
- Talam ubi kanda siap untuk dihidangkan.
Sumber: Nur Masri
Baca juga: Resipi Kuih Nagasari Versi Talam Yang Lemak-Lemak Manis, Lembut & Kenyal!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














