
Nak dibandingkan dengan kuih moden, lebih tergoda tengok hasil daripada resepi Kuih Talam Pandan. Aroma pandan dan teksturnya yang lembut berlemak memang jadi tarikan.
Kuih Talam Pandan mempunyai lapisan hijau yang harum digabung dengan lapisan putih lemak manis menjadikan setiap potongan nampak cukup memikat selera.
Jika anda belum pernah buat kuih sendiri di rumah, inilah masanya. Cubalah resepi Kuih Talam Pandan di bawah, pasti puas hati nanti. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Talam Ubi Kanda Cantik & Tak Hancur, Sekali Kukus Rasa Lembut Manis!
RESEPI KUIH TALAM PANDAN

Bahan-bahan bahagian bawah:
- 1 cawan tepung gandum
- ¾ cawan gula
- 1 cawan santan pekat
- 1 cawan air
- ½ cawan air pandan
- 1 sudu kecil tepung jagung
- 1 sudu kecil tepung ubi
- Secubit garam
- Pewarna hijau
Bahan-bahan bahagian atas:
- 1 cawan tepung beras
- 2 sudu makan tepung gandum
- 1 sudu makan tepung jagung
- 1½ cawan santan pekat
- 1½ cawan air
- Garam secukup rasa
Cara-cara buat:
- Mula-mula, bancuh semua bahan bahagian atas, tapis dan ketepikan.
- Bancuh semua bahan bahagian bawah, tapis dan tuang dalam loyang.
- Kukus dalam 15 minit ke 20 minit atau sehingga masak.
- Setelah masak, angkat dan sejukkan sebentar.
- Apabila sudah sejuk, baru garis-gariskan pakai garfu atas adunan tadi.
- Selepas itu, baru tuangkan adunan bahan bahagian atas tadi.
- Kukus lagi sehingga masak dalam 20 minit.
- Sejukkan betul-betul, baru boleh potong.
Tujuan menyejukkan lapisan bawah selepas dikukus adalah untuk mengelakkan lapisan atas menjadi berair dan tak melekat. Jika kita tuang adunan atas ketika lapisan bawah masih panas dan lembap, lapisan tersebut mudah terpisah.
Selamat mencuba!
Sumber: IDA’s Kitchen
Baca juga: Kuih Talam Gula Merah Versi Mini Cukup Lemak Manis, Sekali Kukus Dapat 50 Biji!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














