Nak cepat, tapi nak masak hidangan yang berkhasiat untuk keluarga? Jom cuba resipi sup telur yang sedap dan menyelerakan ini.
Resipi perkongsian oleh Suzana Othman ini sangat mudah untuk dimasak kerana hanya menggunakan bahan asas yang selalu ada di dapur.
Baca juga: Cara Buat Sup Cendawan, ‘Comfort Food’ Masa Hujan-hujan Layan Betul!
RESIPI SUP TELUR MUDAH & SEDAP
Bahan-bahan:
- 1 biji bawang besar saiz sederhana-hiris, goreng hingga layu dan ketepikan
- 3 ulas bawang putih – hiris, goreng hingga layu dan ketepikan
- Ikan bilis- goreng dan ketepikan
- 1 biji kentang – potong ikut saiz ysng diingini
- Setengah biji lobah merah – hiris
- 4 biji telur
- Fucuk dan suhun-rendam dan potong pendek
- Daun bawang dan bawang goreng untuk hiasan
- Garam
- Serbuk lada putih ajishio
- Air
- Minyak masak
Cara memasak:
1. Didihkan air dalam periuk rebus kentang hingga separuh empuk
2. Masukkan lobak merah. Boleh gantikan dengan sayur yang anda gemari.
3. Bila kentang dan lobak dah lembut, masukkan bawang besar, bawang putih dan ikan bilis yang dah digoreng tadi.
4. Masukkan fucuk dan suhun.
5. Perasakan dengan garam dan ajishio. Pastikan dah secukup rasa sebab kita tak nak kacau masa dah masukkan telur nanti.
6. Perlahankan api, pecahkan telur dalam bekas, masukkan telur satu persatu. Kita tak pecahkan telur direct masuk ke periuk sebab takut telur tu tak elok. Masa pecahkan telur tu jangan sampai terpecah kuningnya.
7. Bila dah masukkan semua telur, tutup periuk biar telur hingga masak. Jangan kacau, biarkan saja telur bersauna dalam periuk dengan aman.
8. Sup telur dah pun siap, taburkan dengan daun bawang dan bawang goreng semasa menghidang. Selamat mencuba!
Kredit: Suzana Othman