Categories: Resipi

Resipi Sup Ayam Tanpa Sup Bunjut, Cara Ini Lagi Ringkas Tapi Hasilnya Rasa Tetap ‘Kick’!

Rupanya masak sup ayam tanpa bunjut tetap sedap walaupun tak sama seperti resipi yang sering dikongsikan. Sebenarnya, bila guna bahan segar yang ditumis sendiri, sup jadi lagi harum dan rasa pun lebih sedap.

Resipi ini memang sesuai bila tak tahu nak masak apa di rumah. Buka peti ais nampak ayam saja pun dah boleh jadi sup yang panas, ringkas dan menyelerakan. Memang sesuai sangat bila cuaca hujan atau bila badan rasa tak sihat.

Menariknya, sup ini juga sangat mesra anak-anak sebab rasanya ringan, tak terlalu pedas dan mudah dimakan. Sekali cuba, memang boleh jadi menu kegemaran di rumah. Tunggu apa lagi, jom lihat resipi penuh di bawah.

Baca juga: Resipi Sup Cendawan Shiitake Ini Nikmat Tak Terkata, Meriah Sebab Boleh Letak Aneka Bahan Kegemaran!

RESIPI SUP AYAM TANPA BUNJUT

Bahan-bahan:

  • Ayam (dipotong ikut saiz)
  • Kentang
  • Lobak merah
  • Bunga kubis
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lada hitam
  • 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih)
  • Kiub ayam
  • Garam
  • Serbuk perasa (jika suka)
  • Cili (optional)
  • Limau nipis
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Air
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan sedikit lada hitam hingga lumat kasar.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan 4 sekawan dan kacau hingga harum.
  4. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut.
  5. Tuangkan air secukupnya.
  6. Masukkan kentang dan lobak merah, biarkan mendidih hingga empuk.
  7. Tambahkan kiub ayam, garam dan serbuk perasa jika suka.
  8. Bila hampir masak, masukkan bunga kubis dan cili.
  9. Perahkan limau nipis untuk rasa lebih segar.
  10. Tabur daun sup dan bawang goreng sebelum dihidang.

Sumber: Ruzila Sidek

Baca juga: Resipi Sup Ayam Bombay Ini Lain Dari Biasa, Guna Minyak Sapi Lebih Wangi & Padu!

Wan N

Recent Posts

Cara Buat Mini Cheese Tart Tanpa Telur, Sekali Adun Boleh Dapat Hingga 40 Biji!

Mini cheese tart sesuai dijadikan hidangan untuk pelbagai majlis seperti jamuan sekolah, sambutan hari jadi…

36 minutes ago

Cara Hilangkan Lendir Ikan Keli, Rupanya Cuma Guna 3 Bahan Yang Memang Ada Di Dapur!

Ikan keli memang sedap dimasak sambal, berlada atau digoreng garing. Namun, sebelum boleh menikmati hidangan…

1 hour ago

Jangan Guna Gula Biasa Sahaja, Ini Petua Buat Agar-Agar Lebih Cantik Dan Tidak Berair!

Kalau suka makan agar-agar yang lembut, cantik dan mempunyai lapisan warna berbeza, boleh cuba resepi…

2 hours ago

Resipi Nasi Briyani Ayam Lengkap ‘Acar’ Istimewa, Sekali Buka Tudung Periuk…Harum Satu Dapur!

Resepi nasi briyani ayam mungkin nampak agak rumit untuk disediakan kerana mempunyai beberapa lapisan dan…

7 hours ago

Cara Buat Kentang Wedges Guna Air Fryer, Lengkap Dengan Sos Yogurt Homemade!

Cara buat kentang wedges menggunakan air fryer sesuai dicuba bagi mereka yang ingin menyediakan snek…

7 hours ago

Jangan Terus Goreng Ikan! Cuba Rebus Dengan 5 Bahan Ini Dulu, Memang Beza Rasanya

Pernah cuba rebus ikan terlebih dahulu sebelum menggorengnya? Rupanya, ada cara tersendiri untuk menyediakan ikan…

8 hours ago