Hubungan baik antara menantu dan keluarga pasangan memang sesuatu yang ramai suka tengok, lebih-lebih lagi bila dipenuhi dengan perhatian kecil yang ikhlas. Baru-baru ini, satu video di Instagram perkongsian Squezetlee menjadi perhatian ramai selepas dia dilihat buat sarapan pagi khas untuk ibu mentuanya di Malaysia.
Apa yang buat netizen tersentuh bukan sekadar menu yang disediakan, tetapi usaha dan layanan manis yang ditunjukkan kepada keluarga mentua.
Baca juga: Dari Designer Ke Tukang Masak, Rakyat Malaysia Ini ‘Hidupkan’ Mi Segera Goreng Di UK, Siap Viral!
Dalam video tersebut, wanita itu dilihat menyediakan sarapan pagi stail Malaysia yang cukup sinonim dengan rakyat tempatan. Antara menu yang paling mencuri perhatian sudah tentu kaya toast bersama telur separuh masak yang nampak sangat menyelerakan.
Cara penyediaannya juga nampak begitu teliti dan penuh kasih sayang, seolah-olah mahu membalas segala layanan baik yang diterima daripada ibu mentuanya selama ini.
Ramai yang mengatakan menu seperti itu memang ‘comfort breakfast’ rakyat Malaysia dan sesuai dinikmati bersama keluarga pada waktu pagi.
Netizen Suka Tengok Hubungan Keluarga Yang Sweet
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji usaha wanita tersebut yang sanggup belajar dan buat sarapan pagi ala Malaysia demi menggembirakan mak mentuanya.
Ada juga yang mengakui mereka tersenyum melihat hubungan mesra antara menantu dan ibu mentua kerana perkara seperti itu jarang dikongsikan di media sosial.
Tidak kurang juga yang berkata makanan sememangnya boleh menjadi penghubung hubungan kekeluargaan, walaupun datang daripada budaya yang berbeza.
Kaya Toast & Telur Separuh Masak Memang Tak Pernah Gagal
Gabungan roti bakar kaya bersama telur separuh masak memang antara menu sarapan pagi paling popular di Malaysia. Ringkas, tetapi cukup membangkitkan selera.
Sebab itu ramai netizen mengaku terus terasa lapar selepas menonton video tersebut. Ada yang siap berkata mereka tiba-tiba teringin singgah kopitiam untuk menikmati menu sama.
Malah, ada juga yang berpendapat sarapan seperti ini memang sesuai diperkenalkan kepada orang luar kerana rasanya yang simple tetapi sangat sedap.
Perkara Kecil Yang Buat Ramai Tersentuh
Walaupun hanya buat sarapan pagi biasa di rumah, ramai merasakan momen tersebut sangat manis kerana dipenuhi dengan penghargaan dan kasih sayang.
Kadang-kadang, perkara kecil seperti menyediakan makanan untuk insan tersayang sebenarnya sudah cukup untuk membuatkan seseorang rasa dihargai dan disayangi.
Perkongsian ini juga membuktikan bahawa makanan bukan sekadar untuk mengenyangkan perut, tetapi turut menjadi cara paling mudah untuk merapatkan hubungan keluarga.
Semoga bermanfaat!
Sumber: squezetlee
Baca juga: Kedai ‘Tomyam Malaysia’ Mendunia Di India, Siap Ada Menu Roti Canai Dan Apam Balik
Chi kut teh resepi ini sesuai dijadikan pilihan hidangan ketika cuaca tidak menentu. Kuahnya yang…
Kek Batik Horlick antara pilihan menarik untuk penggemar kek batik yang suka rasa malt berkrim…
Pisang antara buah yang sering dibeli untuk dijadikan sarapan, bekal ke tempat kerja atau bahan…
Resepi fish ball homemade boleh dicuba jika anda mahu menyediakan bebola ikan sendiri di rumah…
Ayam masak oren diinspirasikan daripada orange chicken, hidangan popular di restoran Chinese-American di Amerika Syarikat.…
Resepi beef stew merupakan hidangan berkuah dengan daging yang empuk dan kuah pekat yang kaya…