sup cendawan shiitake

Nak buat sup yang sedap tidaklah susah mana. Kadang-kadang guna bahan yang ada di dapur pun dah cukup untuk hasilkan sup yang penuh rasa dan menyelerakan. Contohnya, sup cendawan shiitake yang satu ini.

Gabungan cendawan shiitake, enoki, tofu dan crab sticks memang menjadikannya sangat wangi, manis semula jadi dan sangat memuaskan apabila dimakan. Makan semangkuk dijamin tak cukup!

Sup ini juga sangat sesuai untuk hidangan makan tengah hari atau makan malam yang ringan tapi cukup berkhasiat. Anda juga boleh tambah aneka sayur lain mengikut stok yang ada dalam peti ais.

Baca juga: Resipi Sup Makaroni Ayam Simple & Cepat, Menu ‘Comfort Food’ Bila Rasa Tak Sedap Badan

RESIPI SUP CENDAWAN SHIITAKE

sup cendawan shiitake

Bahan-bahan:

  • Cendawan shiitake (hiris)
  • Cendawan enoki (buang bahagian pangkal)
  • Tauhu (potong kiub)
  • Crab sticks (potong serong)
  • Lobak merah (hiris nipis)
  • Bawang putih (tumbuk halus)
  • Halia (tumbuk halus)
  • Ayam cincang
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar cuka makan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam, gula, serbuk perasa secukup rasa
  • Serbuk lada hitam & lada putih secukupnya
  • 2 biji telur (dipukul)
  • 2 sudu besar larutan tepung jagung (campur dengan sedikit air)
  • Daun ketumbar untuk hiasan

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau wangi.
  2. Masukkan ayam cincang dan cendawan shiitake. Tumis sekejap sehingga ayam separuh masak.
  3. Tambahkan air secukupnya, kemudian masukkan kiub ayam, minyak bijan, cuka makan, sos tiram, serta serbuk lada hitam dan lada putih. Biarkan mendidih.
  4. Setelah mendidih, masukkan carrot, enoki, crab sticks dan tauhu. Tambah garam, gula dan serbuk perasa Maggi secukup rasa.
  5. Tuang telur yang telah dipukul perlahan-lahan sambil diaduk untuk mendapatkan tekstur telur berbentuk benang.
  6. Akhir sekali, masukkan larutan tepung jagung untuk sedikit pekatkan sup. Kacau rata dan tutup api.
  7. Taburkan daun ketumbar sebelum dihidang.

Sumber: Thread

Baca juga: Resipi Kuetiau Sup Simple Ini Pasti Buat Semua Terpikat, Sedap Sampai Licin Mangkuk!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN