Perkongsian kali ini iaitu resipi stew ayam versi Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Stew ayam sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas. Bahkan juga sedap dicicah dengan roti keping sahaja.
Mesti anda tertanya-tanya bagaimana rasa stew ayam kan? Di bawah ini kami kongsikan resipi Raja Permaisuri Agong versi cik Shiela Husin yang dikongsi olehnya di laman Facebook.
1. Tumis bahan penumis dan bawang serta halia yang dihiris nipis hingga wangi.
2. Masukkan tepung gandum dan goreng dengan api perlahan supaya tepung agak masak.
3. Masukkan ayam dan ubi kentang, carrot dan bawang besar. Kacau rata.
4. Masukkan sedikit air, kicap, garam, lada hitam dan serbuk perasa.
5. Masak sehingga kentang empuk.
6. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Tabur daun sup dan bawang goreng.
7. Sedia untuk dihidangkan.
Kredit: Shiela Husin
Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…
Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…
Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…
Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…
Kalau teringin makan hidangan berkuah yang panas dan menyelerakan, resipi kuey teow theng ini memang…
Puding caramel resepi ini sesuai untuk sesiapa yang nak menyediakan pencuci mulut di rumah dengan…