Perkongsian kali ini iaitu resipi stew ayam versi Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Stew ayam sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas. Bahkan juga sedap dicicah dengan roti keping sahaja.

Mesti anda tertanya-tanya bagaimana rasa stew ayam kan?  Di bawah ini kami kongsikan resipi Raja Permaisuri Agong versi cik ‎Shiela Husin‎ yang dikongsi olehnya di laman Facebook.

Resipi Stew Ayam Versi Raja Permaisuri Agong

resipi stew ayam

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam – potong ikut suka
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2-3 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit kicap
  • Sedikit lada hitam-tumbuk kasar
  • Garam dan serbuk perasa
  • Ubi kentang 1 biji – dipotong 4
  • 1 batang karot – potong besar
  • 1 biji bawang besar – potong 4

Cara-cara:

1. Tumis bahan penumis dan bawang serta halia yang dihiris nipis hingga wangi.

2. Masukkan tepung gandum dan goreng dengan api perlahan supaya tepung agak masak.

3. Masukkan ayam dan ubi kentang, carrot dan bawang besar. Kacau rata.

4. Masukkan sedikit air, kicap, garam, lada hitam dan serbuk perasa.

5. Masak sehingga kentang empuk.

6. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Tabur daun sup dan bawang goreng.

7. Sedia untuk dihidangkan.

resipi stew ayam

Kredit: Shiela Husin

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Raja Permaisuri Agong, Hanya Guna 5 Bahan Ini Jer

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN