resipi sotong sambal

Resipi sotong sambal ini memang antara lauk yang selalu buat kita tak cukup nasi. Gabungan sotong yang lembut, sambal yang pekat dan pedas, serta aroma petai yang “menusuk” memang cukup membuka selera.

Menariknya, resipi ini sangat mudah dan tak perlukan bahan yang pelik-pelik pun. Semua bahan asas dapur saja, cuma teknik menumis sampai betul-betul pecah minyak yang akan buat sambal jadi lebih sedap, pekat dan tahan lama.

Kalau anda suka lauk simple tapi “power”, sambal sotong petai ini memang wajib masuk senarai menu harian. Boleh makan dengan nasi panas, nasi lemak atau ratah pun sedap juga. Sekali cuba, confirm nak repeat lagi.

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Sotong Kunyit, Ingat Susah Buat Rupanya Pejam Mata Pun Boleh Siap

RESIPI SOTONG SAMBAL TAK KECUT & PEKAT

resipi sotong sambal

Bahan-bahan:

  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 senduk cili kering (jenis gemuk, tidak terlalu pedas)
  • 5 biji cili padi (optional, jika cili kering tidak pedas)
  • Sedikit air (untuk kisar)
  • 1 senduk minyak masak (untuk menumis)
  • Asam keping atau asam jawa secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Gula melaka atau gula biasa secukup rasa
  • Sotong (jumlah ikut suka)
  • Petai (optional)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia, cili kering dan cili padi ke dalam pengisar.
  2. Tambah sedikit air dan kisar hingga halus.
  3. Panaskan 1 senduk minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar tadi hingga benar-benar pecah minyak. Proses ini penting untuk dapatkan sambal yang pekat, wangi dan tidak berair.
  4. Setelah sambal nampak garing dan pecah minyak, masukkan asam keping atau asam jawa, garam dan gula melaka. Kacau rata hingga sebati.
  5. Masukkan sotong dan gaul sebentar. Biarkan sotong masak sekejap sehingga keluar air dan sebati dengan sambal.
  6. Akhir sekali, masukkan petai (jika guna). Kacau lagi hingga semua bahan mesra dan sambal nampak cantik berkilat.
  7. Siap untuk dihidang. Lagi sedap makan dengan nasi panas-panas.

Sumber: Niq Ain

Baca juga: Dah 15 Tahun Guna Cara Ini, Wanita Kongsi Resipi Sotong Goreng Tepung Tak Meletup & Tak Tertanggal

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN