resipi sotong

Kalau anda peminat tegar masakan pedas, apa kata cuba resipi sotong cili api gaya Thailand yang cukup padu dan membangkitkan selera ini. Gabungan rasa pedas dan aroma wangi serai serta daun limau purut pastinya membuatkan sesiapa sahaja terliur!

Apa yang menariknya lagi resipi ini, ia tidak memerlukan bahan-bahan yang rumit dan proses penyediaannya sangat cepat. Hanya dengan kisar kasar bahan-bahan utama dan tumis sehingga pecah minyak, anda dah boleh hidangkan lauk gred restoran di atas meja makan sendiri.

Yang mana tengah fikir nak masak apa, jom cuba buat sotong cili api ini. Dijamin sedap dan gerenti puas hati! Makan pula dengan nasi panas-panas, ibu mertua lalu sebelah pun tak perasan. Jom tengok bahan-bahan dan cara penyediaannya di bawah.

Baca juga: Sotong Sos Tiram Paling Sedap, Rupanya Ini Rahsia Kuah Pekat Dan Isi Sotong Kekal Lembut

RESIPI SOTONG MASAK CILI API

resipi sotong

Bahan-bahan utama:

  • Sotong secukupnya (dibersihkan dan digaul dengan sedikit garam & kunyit siap-siap)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 helai daun limau purut (dibuang urat tengahnya)
  • Sos tiram secukupnya
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan kisar kasar:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji lada merah
  • 1 biji lada hijau
  • 1 genggam cili api (boleh kurangkan jika tak tahan pedas)
  • Sedikit halia

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan serai yang telah diketuk dan tumiskan sehingga naik bau.
  2. Masukkan semua bahan yang telah dikisar kasar (bawang besar, bawang putih, lada merah, lada hijau, cili api dan halia). Tumiskan dengan api sederhana sehingga sambal benar-benar masak dan garing.
  3. Apabila tumisan dah masak dan pecah minyak, masukkan sotong yang telah digaul bersama garam dan kunyit tadi.
  4. Masukkan sos tiram, garam dan serbuk perasa secukupnya. Gaul rata bersama bahan tumisan.
  5. Akhir sekali, taburkan daun limau purut yang telah dibuang urat tengahnya untuk memberikan aroma segar gaya Thai.
  6. Rasa kuahnya dan ubai suai ikut selera anda. Jika perlu, boleh tambah sedikit gula atau garam untuk seimbangkan rasa pedas, masin dan manis.
  7. Jangan masak sotong terlalu lama supaya isinya kekal lembut dan tidak kenyal/liat. Angkat dan sedia untuk dihidangkan!

Sumber: Thread nisamofadz

Baca juga: Resipi Sotong Sambal Petai Lazat, Guna Teknik Ini Baru Tak Kecut & Kekal Lembut

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN