Categories: Resepi

Resipi Serunding Ikan Homemade, Berbaloi Buat Sendiri Sebab Jimat & Tahan Lama!

Bila tiba bulan Ramadan, serunding ini memang wajib ada bila waktu sahur. Lagi-lagi apabila tidak sempat memasak lauk. Salah satu jenis serunding yang digemari ramai adalah serunding ikan.

Serunding berasal dari Negeri Kelantan Darul Naim dan banyak diusahakan secara tradisional di Kampung Laut, Jajahan Tumpat, Kelantan. Kini Kampung Laut menjadi pusat pembuatan serunding yang terbesar di Malaysia.

Jika sebelum ini kita asyik beli saja,  apa kata kali ini kita cuba buat sendiri di rumah. Caranya agak renyah, tapi bila lagi nak belajar cara buat serunding kan? Terima kasih kepada Cik Pipah kerana berkongsikan resipi.

Baca juga: 5 Resipi Pes Untuk Mudahkan Masak Sahur & Berbuka, 10 Minit Saja Dah Siap

Resipi Serunding Ikan Homemade

Bahan-bahan:

  • Ikan kembung 3 kg
  • Bawang merah kecil 12 biji*
  • Bawang putih 7-8 ulas*
  • Bawang holland 1 biji*
  • Halia 2 inci*
  • Kunyit 2 inci*
  • Lengkuas 2inci*
  • Serai 4 batang*
  • Cili kering (potong, rebus dan kisar sendiri)*
  • Asam keping 2pcs
  • Santan 1 biji kelapa (ambil yang pekat sahaja)

Cara-cara memasak:

1. Rebus ikan kembung bersama asam dan garam. Toskan, kemudian buangkan tulang ikan, ambil isinya sahaja. Ketepikan.

2. Kisar semua bahan-bahan yang bertanda (*).

3. Masak bahan kisar tadi sehingga naik bau.

4. Masukkan ikan yang dibuang tulang tadi. Gaul rata.

5. Tuangkan santan, asam keping dan gula serta garam secukup rasa. Gaul lagi sehingga sebati.

6. Masak sehingga kering dalam masa 2 jam.

7. Guna api perlahan. Ini dia hasilnya selepas sambal sudah kering.

Kredit: Cik Pipah

Nasiha

Recent Posts

Tips Masak Asam Pedas Yang Sedap, Gerenti Rasanya Setanding Di Kedai!

Asam pedas merupakan hidangan istimewa yang cukup terkenal di Malaysia, khususnya di negeri Johor. Nak…

1 day ago

Resipi Red Velvet Cupcake Dengan Topping Cream Cheese, Terliur Tengok!

Pelbagai pilihan kek cawan ada dijual di pasaran. Namun, bagi yang gemar menghasilkannya daripada air…

1 day ago

Resepi Ikan Bilis Kentang Terung Tempe Berlado, Lauk Tunggu Gaji Yang Jimat Tapi Sedap!

Sementara menunggu gaji masuk, mestilah nak buat lauk paling jimat. Oleh itu, kami cadangkan anda…

1 day ago

Resepi Roti Telur Cheese Lain Dari Yang Lain, Idea Sarapan Menarik Yang Wajib Dicuba

Setiap hari memikirkan sarapan apa yang sedap untuk seisi keluarga di rumah. Selalu buat roti…

1 day ago

Resepi Tiramisu Mudah, Wanita Ini Tunjuk Langkah Demi Langkah Sampai Lembut Berkrim

Apabila nampak tiramisu depan mata, pasti ramai yang teruja untuk menikmatinya. Sudah sering beli di…

2 days ago

Cucur Badak Frozen Lembut Dan Gebu, Nak Buat Inti Sedap Guna Resipi Ini

Terdapat beberapa jenis kuih goreng yang disejuk bekukan supaya boleh dimakan pada bila-bila masa dan…

2 days ago