Categories: Resipi

Nasi Goreng Sosej, Menu Ringkas Untuk Anak Yang Tak Nak Makan Sayur

Jika sesekali anak tak nak sayur, apa kata buat Nasi Goreng Sosej ini. Tak perlu dah nak runsing dan memaksa anak makan sayur.

Nak lagi bijak, boleh guna sosej vegetarian yang rasanya seakan ayam, jadi anak-anak tak tertinggal nutrien yang diperlukan. Hah, ayat pun dah macam iklan TV pula. Hiks!

Kebiasaannya, nasi goreng ini dipanggil nasi goreng bodoh kerana bahan-bahannya sangat ringkas dan mudah untuk disediakan.

Baca juga: Sosej Ayam Homemade, Tambah Sayur Ini, Lebih Sihat Anak-anak Makan! 

Dah selalu sangat dah makan nasi goreng kampung, nasi goreng ayam, nasi goreng tomyam, nasi goreng daging merah. Tapi menggunakan bahan yang simple dan mudah ni, maka terhasillah nasi goreng sosej.

Simple sebab bahan yang digunakan ni banyak dijual di pasaraya atau kedai runcit. Tinggal campakkan je dalam kuali.

Jom ikuti resipi dari perkongsian Jamaliiah Kamal ini di laman Facebook.


RESIPI NASI GORENG SOSEJ

Bahan-bahan:

  • Nasi sejuk secukupnya
  • Udang secukupnya
  • 1-2 batang sosej – hiris bulat
  • Sotong secukupnya – hiris bulat
  • 2 biji Telur
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis

Cara-cara menggoreng:

1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dengan secukupnya.

2. Masukkan hirisan sosej, udang dan juga sotong. Goreng seketika.

3. Seterusnya masukkan telur. Biar seketika dalam kuali kemudian barulah dikacau. Ini supaya tekstur telur sedikit kasar dan tidak terlalu hancur.

4. Tambahkan garam dan perasa Cukup Rasa dengan secukupnya.

5. Akhir sekali, masukkan nasi. Empunya resipi guna lebihan nasi dingin yang telah dikukus terlebih dahulu. Ia menjadikan nasi berderai dan tidak berketul bila digoreng.

6. Goreng nasi hingga semua bahan jadi sebati. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.


Nasi goreng sosej ini, makan ketika masih panas-panas suam macam tu. Boleh juga sediakan telur mata atau ayam goreng sebagai lauk tambahan.

Selamat mencuba!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

3 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago