Categories: Resipi

Resipi Red Velvet Cupcake Dengan Topping Cream Cheese, Terliur Tengok!

Pelbagai pilihan kek cawan ada dijual di pasaran. Namun, bagi yang gemar menghasilkannya daripada air tangan sendiri, bolehlah cuba resepi red velvet cupcake ini.

Ia sesuai juga dijadikan sebagai salah satu menu hiasan penyeri di meja hidangan pencuci mulut. Tampak manis dengan aneka manisan yang lain.

Ikuti perkongsian resipi daripada Nadia Sukiman di bawah ini dalam menghasilkan kek cawan red velvet yang gebu dan menarik ini. Jom kita cuba buat.

Baca juga: Resipi Kek Batik Magnum Yang Unik, Bila Gigit Terasa Salutan Coklat Rangup!

RESEPI RED VELVET CUPCAKE

Bahan buttermilk:

  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu besar cuka makan
    (Ketepikan)

Bahan kek:

  • 3 biji telur gred A/B
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • Sedikit garam
  • 1 sudu teh emulco red velvet

Bahan cream cheese frosting:

  • 250g cream cheese
  • 200g buttercup (potong dadu butter/cream cheese selepas keluar dari peti sejuk)
  • 70-75g gula icing

Cara Penyediaan:

  1. Untuk membuat buttermilk, campurkan susu segar dengan cuka makan, kacau rata dan ketepikan.
  2. Pukul telur, gula kastor dan esen vanila hingga kembang dan sebati.
  3. Masukkan ovalette, tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat dan sedikit garam. Kacau rata.
  4. Tambahkan emulco red velvet dan buttermilk yang telah disediakan tadi. Gaul rata sehingga semua bahan tercampur dengan baik.
  5. Tuangkan adunan ke dalam acuan kek yang telah disediakan dan bakar pada suhu yang sesuai.
  6. Untuk frosting, pukul cream cheese bersama buttercup dan gula icing hingga sebati dan lembut.
  7. Pai frosting ke atas kek setelah ia sejuk. (Empunya guna nozzle Wilton 2D.)

Kredit: Nadia Sukiman

Baca juga: Cara Buat Kek Marble Gebu Guna Sukatan Cawan, 1 Resipi Boleh Buat Pelbagai Perisa!

Wan N

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

2 days ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

2 days ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

2 days ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

2 days ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

2 days ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

2 days ago