Categories: Informasi

Kenali 7 Jenis Kurma Yang ‘Famous’ Dekat Malaysia, Anda Suka Yang Mana?

Jom kenali jenis-jenis kurma yang popular di Malaysia. Seperti yang semua tahu, buah ini memang banyak khasiatnya. 

Apabila masuk musim puasa, memang kurma ini antara buah wajib untuk dimakan ketika sahur dan berbuka puasa. Hendak pula ia adalah makanan sunnah Nabi. 

Baca juga: Bukan Hanya Sedap, Sebiji Kurma Mempunyai 12 Khasiat Yang Ramai Tak Tahu 

Antara khasiatnya, buah kurma bagus untuk sistem penghadaman dan melancarkan sistem peredaran darah dalam badan.

Kalau sebelum ini kita hanya tahu makan, apa kata kita kenali pula jenis kurma yang popular dekat Malaysia ni. Nampak serupa tapi sebenarnya berbeza tau.


1. Kurma Medjool

Asal-usul: Jenis kurma ini antara yang tertua sekali yang berasal dari Timur Tengah dan Afrika Timur. Kurma Medjool ini ditanam di Maghribi, Palestin, Jordan, serta Arab Saudi. 

Rasa & Tekstur: Manis dan mempunyai tekstur yang lembut dan berserat.

Warna & saiz: Berwarna coklat kemerahan dan saiznya agak besar.


2. Kurma Piarom

Asal-usul: Kurma Piatrom ini berasal dari Teluk Parsi dan Timur Tengah sejak zaman purba Mesopotamia iaitu 6,000 Sebelum Masihi.

Rasa & tekstur: Mempunyai kulit gelap nipis yang melekat sepenuhnya dengan isi. Rasa manis yang unik seakan-akan campuran toffee dan karamel. 

Warna & saiz: Separa kering, panjang kira-kira 2 hingga 5 cm, nipis dan bujur dengan warna kulitnya yang coklat gelap hingga hitam.


3. Kurma Ajwa

Asal-usul: Berasal dari Madinah, Arab Saudi dan sangat laris dijual di Malaysia. 

Rasa & tekstur: Mempunyai rasa yang manis danteksturnya sangat licin bila dimakan. Boleh rasa ‘premium’ kelazatan jenis kurma Ajwa ini.

Warna & saiz: Bersaiz kecil, warnanya gelap, isinya tebal.


4. Kurma Safawi

Asal-usul: Berasal dari Madinah, Arab Saudi. 

Rasa & tekstur: Sangat manis dan teksturnya boleh menjadi ‘chewy’ mengikut kekeringan kurma. 

Warna & saiz: Jenis kurma lembut dan kering yang mempunyai warna hitam pekat, panjang bentuknya dan bersaiz sederhana.


5. Kurma Thoory

Asal-usul: Berasal dan ditanam di Algeria, lebih dikenali sebagai Kurma Roti kerana sesuai dinikmati bersama roti. 

Rasa & tekstur: Isinya agak kenyal dan melekit dan mempunyai campuran rasa nutty dan sangat manis. 

Warna & saiz: Buahnya bersaiz sederhana hingga besar memanjang. Warnya coklat keemasan dan matang pada akhir musim. 


6. Kurma Sayer

Asal-usul: Berasal dari Timur Tengah dan ditanam di sekitar Teluk Parsi.

Rasa & tekstur: Jenis kurma separuh kering dengan tekstur lembut yang unik dan rasa manis.

Warna & saiz: Berbentuk bujur dan panjangnya kira-kira 2.5 hingga 4 cm. Tumbuh dengan warna kuning dan apabila buah matang, warna bertukar menjadi coklat kemerahan.


7. Kurma Zahidi

Asal-usul: Zahidi bermaksud ‘kuantiti kecil’ atau ‘bangsawan’ yang ditanam di Iraq Utara sekitar tahun 1900-an. 

Rasa & tekstur: Kaya dengan rasa kekacang seakan-akan peanut butter dan jeruk buah aprikot. 

Warna & saiz: Bersaiz sederhana dan berbentuk bujur dengan warna keemasan atau perang. 


Sumber: Ratinkhosh, Northern Nester

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

3 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago