Kalau selama ini tertanya-tanya apa bahan yang digunakan untuk menghasilkan serbuk perasa yang sesuai untuk masakan dan perapan, resipi ini boleh dicuba. Ia dikongsikan sendiri oleh seorang tokey kedai makan yang berkongsi campuran serbuk perasa yang digunakannya.
Resipinya menggunakan bahan yang mudah didapati seperti garam, gula, chicken stock, lada hitam atau lada putih serta mixed herb. Semua bahan hanya perlu dikisar dan digaul hingga sebati sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Serbuk perasa ini boleh digunakan untuk pelbagai jenis makanan, terutama sebagai bahan asas untuk perapan. Kalau suka sediakan bahan masakan sendiri, boleh buat dalam kuantiti banyak dan simpan untuk digunakan sedikit demi sedikit.
Baca juga: Cara Buat Sosej Homemade Yang Sihat & Sedap, Guna 3 Keping Isi Ayam Boleh Dapat 38 Biji!
RESIPI SERBUK PERASA HOMEMADE
Bahan-bahan:
- 500 gram garam
- 1 kilogram gula
- 500 gram chicken stock
- 300 gram lada hitam atau lada putih
- 300 gram mixed herb
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan garam, gula, chicken stock, lada hitam atau lada putih dan mixed herb ke dalam pengisar.
- Kisar semua bahan sehingga menjadi serbuk. Pastikan bahan dikisar dengan baik supaya campurannya lebih mudah digaul rata.
- Tuangkan bahan yang telah dikisar ke dalam bekas yang bersih dan besar.
- Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan warna serta tekstur campuran menjadi sekata.
- Setelah siap, masukkan ke dalam bekas kedap udara.
- Tutup bekas dengan rapat dan simpan di tempat yang kering. Elakkan terkena air atau kelembapan kerana ia boleh menyebabkan serbuk perasa mudah berketul.
Serbuk perasa ini boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan. Jika mahu menggunakannya sebagai bahan perapan, ambil secukupnya dan gaulkan bersama bahan yang ingin diperap sebelum dimasak.
Buat sendiri pun lebih mudah kerana boleh dibuat dalam kuantiti yang banyak untuk dijadikan stok dan gunakan sedikit demi sedikit apabila diperlukan.
Sumber: haiqalboestaman
Baca juga: Tak Perlu Beli Lagi! Wanita Kongsi Resipi Chili Oil Homemade, Lagi Sedap & Wangi Dari Yang Dijual
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

