Categories: Resipi

Resipi Sambal Tomato Tumbuk, Bahan Kena Goreng Dulu Baru Lagi Sedap & Wangi!

Sambal tomato tumbuk boleh dijadikan pilihan kalau dah bosan makan sambal belacan yang biasa. Gabungan cili padi, belacan dan tomato yang digoreng terlebih dahulu menghasilkan sambal dengan rasa pedas, masam dan sedikit manis.

Cara penyediaannya juga tidak susah. Semua bahan perlu digoreng sehingga layu sebelum ditumbuk bersama gula, garam dan sedikit serbuk perasa. Tak perlu menggunakan pengisar kerana sambal ini lebih sedap apabila teksturnya ditumbuk kasar.

Bila dah siap, boleh terus hidangkan bersama nasi putih panas, ikan goreng dan ulam-ulaman. Walaupun ringkas, kombinasi ini memang cukup untuk melengkapkan hidangan seisi keluarga.

Baca juga: Resipi Sambal Totok Jawa, Goreng & Tumbuk Kasar-Kasar Macam INI Barulah Lebih Terasa!

RESIPI SAMBAL TOMATO TUMBUK

Bahan-bahan:

  • Cili padi thai
  • Belacan
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • 1 biji tomato
  • Sedikit gula
  • Sedikit serbuk perasa
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit asam limau

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan goreng cili padi Thai, belacan, bawang putih, bawang merah serta sebiji tomato sehingga layu dan sedikit kekuningan.
  2. Angkat semua bahan yang telah digoreng dan biarkan sejuk seketika.
  3. Masukkan bahan tadi ke dalam lesung batu. Tambahkan sedikit gula, serbuk perasa dan garam.
  4. Tumbuk atau gesek semua bahan sehingga sebati. Jangan terlalu lumat jika suka sambal yang masih mempunyai tekstur kasar.
  5. Akhir sekali, perahkan sedikit asam limau dan gaul rata.
  6. Sambal tomato tumbuk sedia untuk dinikmati bersama nasi putih dan lauk kegemaran.

Sumber: Nor Hafizah Ismail

Baca juga: Sambal Belacan Yang Sedap Ikut Cara Arwah Mak, 2 Tip Ini Buat Aromanya Lebih Menyengat!

Wan N

Recent Posts

Kek Mentega Simple Guna Sukatan Cawan, Lembut Gebu & Harum Semerbak Satu Rumah!

Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…

11 mins ago

Resipi Kepah Masak Cili Ala Thai, Tambah Cili Padi Kalau Nak Lebih Pedas Yang Memikat Selera!

Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…

42 mins ago

Kari Dal Ala Mamak, Ini Rahsia Pilih Kacang Dal & Teknik Masak Supaya Kuah Jadi Pekat!

Kari dal ala mamak memang enak dimakan bersama roti canai, capati atau nasi panas. Namun,…

1 hour ago

Ikan Kukus Limau, Kuah Masam Pedas Dengan Aroma Serai & Halia Yang Buat Terliur!

Ikan kukus limau antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama apabila dinikmati bersama nasi putih panas.…

2 hours ago

Resepi Sup Bebola Ayam, Lengkap Dengan Tauhu Dan Cendawan Dalam Satu Mangkuk!

Resepi sup bebola ayam ini sesuai dijadikan pilihan hidangan untuk seisi keluarga. Dengan bebola ayam…

3 hours ago

Kilang Ayam Tak Patuh Syarak ‘Diserbu’, Proses 40,000 Ekor Sehari! Mufti Jelaskan Hukum Jika Pernah Termakan

Kilang ayam di Puchong menjadi perhatian selepas sebuah premis penyembelihan dan pemprosesan ayam diserbu pihak…

5 hours ago