Kari dal ala mamak memang enak dimakan bersama roti canai, capati atau nasi panas. Namun, bukan mudah untuk menghasilkan kuah yang pekat dengan kacang dal yang betul-betul lembut seperti di kedai.
Menerusi perkongsian Veera Saravanan di Facebook, terdapat beberapa rahsia penting untuk memasak kari dal yang menjadi, bermula daripada pemilihan jenis kacang, teknik rendaman hinggalah cara memasaknya.
Baca juga: Resepi Kari Ikan Mamak Pekat Likat, Ini Rahsia Kuah Sedap Macam Dekat Kedai!
Menurut Veera, jenis kacang dal memainkan peranan penting untuk mendapatkan tekstur kuah yang lembut dan pekat.
Antara yang paling sesuai ialah Toor Dal atau Tovar, juga dikenali sebagai Split Pigeon Pea. Kacang ini berwarna kuning pucat dan sedikit leper.
Selain itu, Masoor Dal yang berwarna oren juga boleh digunakan. Kedua-dua jenis kacang ini boleh dicampurkan untuk menghasilkan kari dal yang lebih sedap.
Satu lagi perkara penting ialah kacang dal perlu direndam selama tiga hingga empat jam sebelum direbus bersama serbuk kunyit, garam dan beberapa ulas bawang putih sehingga empuk.
Bahan-Bahan:
Bahan utama:
Bahan tumis:
Bahan sayur:
Bahan perasa:
Cara-Cara Penyediaan Kari Dal Ala Mamak:
1. Rendam kacang dal.
Basuh Toor Dal dan Masoor Dal jika digunakan. Kemudian, rendam selama tiga hingga empat jam supaya lebih mudah empuk apabila dimasak.
2. Rebus sehingga lembut.
Masukkan kacang dal ke dalam periuk bersama air, serbuk kunyit, garam dan beberapa ulas bawang putih. Rebus sehingga dal betul-betul empuk dan mudah dilenyek apabila ditekan.
3. Tumis bahan hingga wangi.
Panaskan minyak masak atau minyak sapi. Masukkan halba campur, cili kering, daun kari, bawang putih dan bawang kecil. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan sayur-sayuran.
Tambahkan terung, ubi kentang, lobak merah, tomato, lobak putih dan kacang panjang yang telah dipotong. Tumis semuanya sehingga mula masak.
5. Campurkan kacang dal.
Masukkan kacang dal yang telah direbus bersama beberapa cawan air rebusannya. Elakkan menggunakan terlalu banyak air supaya kuah tidak terlalu cair.
6. Tambahkan rempah.
Masukkan sedikit serbuk kunyit, serbuk cili dan serbuk kari ayam. Kacau sehingga semua bahan sebati.
7. Masak sehingga kuah pekat.
Biarkan kari dal mereneh sehingga sayur-sayuran benar-benar lembut, terutama ubi kentang dan terung. Tambahkan air jika perlu mengikut kepekatan kuah yang disukai.
8. Perasakan sebelum dihidangkan.
Masukkan garam secukup rasa. Jika suka, tambahkan sedikit ingu ketika menumis untuk membantu mengurangkan angin.
TIP TAMBAHAN UNTUK KARI DAL LEBIH SEDAP
Menurut Veera, kari dal tidak memerlukan santan, rempah empat sekawan atau halia untuk menghasilkan kuah yang sedap.
Jika mahu menyediakan kuah dal untuk dimakan bersama roti canai atau puri, tidak perlu menggunakan terlalu banyak sayur. Cukup sekadar memasukkan ubi kentang.
Boleh juga tambahkan sedikit udang kering untuk memberikan rasa yang lebih enak.
Satu lagi perkara menarik, dalcha sebenarnya berbeza daripada kari dal sayur. Dalcha biasanya dimasak bersama daging dan merupakan hidangan daripada masakan India Muslim yang sering dinikmati bersama nasi briyani.
Manakala hidangan kacang dal yang dimasak bersama sayur-sayuran tanpa daging lebih dikenali sebagai sambar atau parpu kari.
Rupanya, untuk mendapatkan kari dal ala mamak yang pekat dan lembut, pemilihan jenis kacang serta teknik memasak memang memainkan peranan penting. Bolehlah cuba petua ini di rumah dan nikmati bersama roti canai atau nasi panas!
Selamat mencuba!
Sumber: Veera Saravanan
Baca juga: Resepi Ayam Goreng Mamak Rangup Berempah, Sekali Makan Confirm Tak Cukup Seketul!
Sambal tomato tumbuk boleh dijadikan pilihan kalau dah bosan makan sambal belacan yang biasa. Gabungan…
Ikan kukus limau antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama apabila dinikmati bersama nasi putih panas.…
Resepi sup bebola ayam ini sesuai dijadikan pilihan hidangan untuk seisi keluarga. Dengan bebola ayam…
Kilang ayam di Puchong menjadi perhatian selepas sebuah premis penyembelihan dan pemprosesan ayam diserbu pihak…
Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…
Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…