Categories: Resipi

Resipi Sambal Petai Berapi, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Rasanya Memang Menyengat!

Sambal petai memang antara lauk yang cukup mudah disediakan di rumah, terutama kalau memang suka rasa petai yang digabungkan dengan sambal pedas. Tak perlu banyak bahan pun, asalkan sambal ditumis sampai pecah minyak, rasanya sudah cukup untuk buat nasi panas bertambah.

Untuk sambal yang lebih berapi, cili padi digunakan sebagai bahan utama bersama bawang merah dan bawang putih. Semua bahan ini dikisar halus sebelum ditumis sehingga masak dan pecah minyak. Selepas itu, masukkan petai dan perasakan mengikut citarasa.

Jika menggunakan petai yang sudah dibersihkan dan dibekukan, sambal mungkin akan kelihatan sedikit berair selepas petai dimasukkan. Teruskan sahaja memasak sambil digaul hingga sambal kembali pecah minyak. Bila dah siap, sesuai dijadikan lauk ringkas untuk makan tengah hari atau makan malam.

Baca juga: Jangan Buang Petai Kecut! Petua Mudah Ini Buat Isi Kembali Segar, Pejal & Sedap Dimasak

RESIPI SAMBAL PETAI BERAPI

Bahan-bahan:

  • Petai
  • Cili padi
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukup rasa
  • Gula pasir secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar halus bawang merah, bawang putih dan cili padi.
  2. Panaskan minyak secukupnya, kemudian tumis bahan kisar sehingga sambal pecah minyak.
  3. Perasakan dengan garam, aji dan gula pasir mengikut rasa.
  4. Masukkan petai yang sudah dibersihkan dan dicuci.
  5. Gaul sebati dan teruskan menumis. Jika menggunakan petai yang sudah dibekukan, sambal akan sedikit berair selepas petai dimasukkan.
  6. Masak lagi sehingga sambal kembali pecah minyak.
  7. Tutup api dan siap untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Sumber: Suci Ci

Baca juga: Resipi Petai Jeruk Rangup Tanpa Cuka, Tapi Cukup Rasa Masam Manis Pedas!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

9 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

10 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

11 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

11 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

12 hours ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

12 hours ago