
Kadang-kadang bila buka peti ais tengok stok bahan dapur, nampak petai dah mula kecut dan lembik memang rasa kecewa. Ramai terus fikir petai dah rosak dan tak boleh guna lagi. Tapi sebenarnya ada petua petai kembali segar yang sangat mudah dan ramai orang tak tahu!
Biasalah, bila beli petai banyak kononnya nak buat sambal atau goreng ikan bilis, akhirnya tersimpan lama dalam peti ais. Bila nak guna semula, isi petai dah mengecut, rupa pun tak cantik. Memang nampak macam “tak ada harapan” dah. Namun jangan cepat buang sebab isi petai tu sebenarnya masih boleh diselamatkan.
Menariknya, hanya dengan teknik mudah menggunakan air biasa, petai yang dah lembik boleh kembali pejal dan nampak segar semula. Petua dapur tradisional macam ini memang berguna terutama untuk mak-mak atau sesiapa yang suka simpan stok bahan masakan di rumah.
Baca juga: Tip Pilih Bendi Tengok Saiz ‘Lubang Tangkai’, Tak Semua Sesuai Celur & Letak Dalam Masakan Berkuah
PETUA PETAI KEMBALI SEGAR WALAUPUN DAH KECUT

Berikut merupakan cara-caranya:
- Kopek petai seperti biasa daripada kulit luar.
- Jangan terkejut kalau isi petai nampak kecut, lembik dan kurang cantik.
- Buang lapisan kulit nipis luar pada isi petai jika perlu.
- Masukkan isi petai ke dalam bekas berisi air bersih.
- Rendam selama beberapa jam.
- Selepas direndam, petai akan kembali segar, lebih pejal dan tidak lembik lagi.
Mudah rupanya nak selamatkan petai yang dah kecut. Dengan hanya rendaman air, petai boleh kembali segar dan sedap dimasak seperti biasa. Jadi selepas ini, jangan terburu-buru buang petai lama dalam peti ais. Boleh cuba petua mudah ini dan jimatkan bahan dapur anda!
Sumber: Siti Jusiza Mhd Nasir
Baca juga: Cara Buat Cili Kisar Tahan Berbulan-Bulan & Tak Berkulat, Patutlah Ramai Dah Cuba Cara Ini!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














