Bila sebut ayam penyet atau pecal lele, pasti akan teringat sambal penyet dia yang boleh buat kecur air liur.
Sambal penyet ni makan dengan apa-apa lauk apa pun pasti ‘kena’, makin berselera dibuatnya.
Jom cuba resipinya di bawah. Buat banyak terus dan simpan dalam peti ais. Bila nak makan, tinggal cedok saja.
1. Panaskan setengah cawan minyak masak ke dalam kuali.
2. Masukkan bawang merah dan bawang putih, masak sehingga berbau harum.
3. Kemudian masukkan kesemua tomato dan masak sampai lembik.
4. Masukkan semua cili merah dan belacan, gaul sebati bersama tomato tadi.
5. Padamkan api dapur dan rehatkan masakan seketika sehingga suhu menjadi suam.
6. Kemudian, kisarkan masakan ke dalam pengisar tapi jangan kisar terlalu kerap. Elakkan sambal penyet menjadi halus seperti cili boh.
7. Bila dah siap kisar, masukkan semula ke dalam kuali dan masak sehingga warna sambal menjadi lebih gelap dan pecah minyak.
8. Akhir sekali perasakan dengan sambal dengan garam dan gula secukupnya.
9. Sedia dimakan bersama nasi panas, ikan goreng atau apa-apa lauk yang bersesuaian.
Kredit: Zurina Zulkefli
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…