sambal penyet

Bila sebut ayam penyet atau pecal lele, pasti akan teringat sambal penyet dia yang boleh buat kecur air liur.

Sambal penyet ni makan dengan apa-apa lauk apa pun pasti ‘kena’, makin berselera dibuatnya.

Jom cuba resipinya di bawah. Buat banyak terus dan simpan dalam peti ais. Bila nak makan, tinggal cedok saja.

RESIPI SAMBAL PENYET

Bahan-bahan:

  • 7 tomato merah
  • 5 cili merah besar
  • 20 cili merah kecik
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • Garam dan gula
  • Minyak masak

Cara memasak:

1. Panaskan setengah cawan minyak masak ke dalam kuali.

2. Masukkan bawang merah dan bawang putih, masak sehingga berbau harum.

3. Kemudian masukkan kesemua tomato dan masak sampai lembik.

4. Masukkan semua cili merah dan belacan, gaul sebati bersama tomato tadi.

sambal penyet

5. Padamkan api dapur dan rehatkan masakan seketika sehingga suhu menjadi suam.

6. Kemudian, kisarkan masakan ke dalam pengisar tapi jangan kisar terlalu kerap. Elakkan sambal penyet menjadi halus seperti cili boh.

7. Bila dah siap kisar, masukkan semula ke dalam kuali dan masak sehingga warna sambal menjadi lebih gelap dan pecah minyak.

8. Akhir sekali perasakan dengan sambal dengan garam dan gula secukupnya.

sambal penyet

9. Sedia dimakan bersama nasi panas, ikan goreng atau apa-apa lauk yang bersesuaian.

Kredit: Zurina Zulkefli

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN