sambal ikan

Kalau rasa kosong asyik makan ikan goreng je, sesuai sangat buat sambal ikan macam ni. Sekurangnya ada ‘kuah’ sikit kan, tak perlu masak lauk berkuah yang lain dah.

Nak buat sambal ikan ni mudah saja. Yang penting, sambal yang sedap biasanya kena berwarna merah baru lagi sedap! Jom lihat resipi di bawah.

RESIPI SAMBAL IKAN SEDAP

Bahan-bahan:

  • Ikan (tak kisah ikan apa)
  • Kunyit
  • Garam
  • 1 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • ¼ inci halia
  • 4 sdb pes cili kering
  • 2 sdb sos tomato
  • 2 sdb sos cili
  • 1 sdb sos tiram
  • 1 sdb kicap manis

Cara-cara:

1. Gaulkan ikan dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng sehingga masak dan garing.

2. Baki minyak ikan, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering yang sudah dikisar. Seeloknya pes cili tu kita kisar sendiri.

3. Tumiskan bahan kisar tadi sampai pecah minyak. Kalau guna kuali biasa ni kena pandai jaga api. Selalu kacau-kacaukan supaya tak hangit.

4. Bila dah pecah minyak dan garing, letakkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Kacau rata.

5. Masukkan air dalam ¼ cawan. Biarkan merenih Dan sambal sedikit memekat.

sambal ikan

6. Bila sambal nampak dah memekat bolehlah masukkan ikan goreng kita tadi. Tak perlu letak garam sebab sos tiram dan ikan goreng dah masin.

sambal ikan

7. Taburkan juga bawang merah hiris sebagai hiasan.

8. Akhir sekali letakkan gula dan kacau sehingga semuanya rata. Kalau rasa kurang masin tambah garam.

9. Siap! Selamat mencuba.

sambal ikan

Kredit: Umi Watie

Baca juga: Malas Masak Banyak Lauk? Jom Buat Sambal Padang Ni, Nak Makan Tinggal Senduk Je

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN