Categories: Resipi

Cara Buat Sambal Cili Padi Ikan Cencaru, Rupanya Letak Cuka Buat Rasa Lagi Menyengat!

Kalau mencari menu sambal cili yang mudah untuk dimasak, boleh cuba sambal cili padi ikan cencaru ini. Ikan cencaru digoreng terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam sambal cili padi yang pedas, masam dan sedikit manis.

Resipi ini juga sesuai untuk hujung bulan kerana menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan mudah didapati di dapur. Ikan cencaru pun boleh jadi pilihan kerana harganya biasanya lebih mesra poket berbanding sesetengah jenis ikan lain.

Kalau tidak mahu menggunakan ikan cencaru, boleh juga tukar kepada ikan lain atau ayam mengikut bahan yang ada. Sambal yang sudah siap kemudian gaulkan bersama lauk dan hidangkan dengan nasi putih serta kicap.

Baca juga: Resipi Ikan Temenung Masak Asam, Menu Kampung Yang Sedap Sampai Kuah Pun Licin!

RESIPI SAMBAL CILI PADI IKAN CARU

Bahan-bahan:

  • Ikan cencaru (digoreng)
  • 15 batang cili padi hijau
  • 4 batang cili padi merah
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Cuka secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan:

  1. Goreng ikan cencaru sehingga masak dan ketepikan. Simpan sedikit minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan.
  2. Masukkan cili padi hijau, cili padi merah, bawang besar dan bawang putih ke dalam pengisar kering. Kisar sehingga bahan menjadi lumat.
  3. Panaskan semula minyak gorengan ikan dan tumis bahan yang telah dikisar tadi.
  4. Tumis sehingga sambal cili padi mula masak dan naik bau.
  5. Masukkan garam, gula dan cuka secukup rasa. Jika tidak mahu menggunakan cuka, boleh gantikan dengan asam keping.
  6. Kacau dan masak sehingga sambal sebati dengan bahan-bahan lain.
  7. Masukkan ikan cencaru yang telah digoreng. Gaulkan perlahan-lahan supaya sambal menyaluti ikan.
  8. Setelah semuanya sebati, tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.

Sumber: Ameen Fami

Baca juga: Resipi Asam Pedas Pari, Kuah Pekat Kaw & Ikan Lembut… Memang Padu Dengan Nasi Panas!

Wan N

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

2 days ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

2 days ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

2 days ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

2 days ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

2 days ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

2 days ago