Kalau selalu rasa leceh nak kupas dan cincang bawang putih setiap kali masuk dapur, ada satu cara simpan bawang putih yang boleh buat kerja memasak jadi lebih mudah.
Bawang putih yang sudah dikupas dan dicincang boleh disimpan dalam ziplock sebelum dimasukkan ke dalam freezer. Menariknya, tak perlu bekukan satu ketulan besar kerana bawang putih boleh dibahagikan kepada petak-petak kecil terlebih dahulu.
Bila nak masak, cuma patahkan bahagian yang diperlukan dan terus masukkan ke dalam masakan. Tak perlu keluarkan satu beg penuh atau mencincang bawang putih dari awal setiap kali memasak.
Baca juga: Bawang Kisar Tahan Lama, Ini 7 Petua Mudah Supaya Tak Cepat Berair & Rosak
CARA SIMPAN BAWANG PUTIH

Bahan-bahan:
- 500g bawang putih yang sudah dikupas
- 1 beg ziplock bersaiz besar
Cara-cara:
- Masukkan bawang putih yang sudah dikupas ke dalam chopper atau food processor. Cincang sehingga halus mengikut tekstur yang diingini.
- Masukkan bawang putih cincang ke dalam beg ziplock.
- Ratakan bawang putih di dalam beg sehingga menjadi lapisan nipis dan sekata. Tekan perlahan-lahan sambil keluarkan udara sebanyak mungkin sebelum ziplock ditutup.
- Gunakan pembaris atau objek yang lurus untuk membuat garisan pada bawang putih sehingga terbentuk petak atau segi empat kecil.
- Letakkan beg ziplock secara rata di dalam freezer. Elakkan mengalihkannya sehingga bawang putih benar-benar beku, sekurang-kurangnya 2 jam.
- Selepas beku, bawang putih boleh dipatahkan mengikut petak yang diperlukan. Ambil bahagian secukupnya setiap kali hendak memasak.
- Bawang putih yang disimpan dengan cara ini boleh digunakan dalam tempoh sekitar 3 hingga 4 bulan untuk kualiti terbaik, seperti yang dikongsikan oleh sumber asal.
Cara ini memang sesuai untuk yang selalu menggunakan bawang putih dalam masakan harian. Sekali buat dalam kuantiti banyak, kemudian simpan dalam freezer dan ambil sedikit demi sedikit bila diperlukan.
Sumber: Lemon8 ShellyEAT
Baca juga: Bawang Kisar Tahan Lama, Ini 7 Petua Mudah Supaya Tak Cepat Berair & Rosak
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

