roti jala sos pandan

Kalau tiba-tiba teringin makan sesuatu yang manis dan mengenyangkan, memang roti jala sos pandan antara pilihan yang patut anda cuba. Tak perlu keluar rumah, hanya gunakan bahan-bahan yang biasa ada di dapur, dah boleh hasilkan hidangan yang sedap untuk seisi keluarga.

Keistimewaan roti jala versi ini terletak pada sos pandan yang lemak, berkrim dan harum. Bila dicicah bersama roti jala yang lembut, memang cukup padan. Sesuai dijadikan hidangan minum petang, sarapan atau bila-bila masa rasa nak makan sesuatu yang ringkas tetapi memuaskan.

Kalau anda jenis suka mencuba resipi yang mudah dan cepat siap, cara ini memang berbaloi untuk disimpan. Hanya perlu kisar adunan, masak roti jala seperti biasa dan sediakan sos pandan yang pekat. Hasilnya memang buat sepinggan tak cukup!

Baca juga: Cara Kukus Pulut Tanpa Rendam, Guna Cara Ini Confirm Masak Cantik & Tekstur Sebiji-Sebiji!

RESIPI ROTI JALA SOS PANDAN

roti jala sos pandanBahan-bahan penyediaan roti jala:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1 1/4 cawan air
  • 5 sudu besar susu cair
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 biji telur
  • Pewarna hijau atau sedikit pes pandan (jika mahu warna dan aroma lebih menarik)

Cara-cara penyediaan roti jala:

  1. Masukkan tepung gandum, tepung ubi, air, susu cair, minyak masak, telur dan pewarna hijau atau pes pandan ke dalam pengisar.
  2. Kisar sehingga adunan benar-benar sebati dan licin.
  3. Tapis adunan jika perlu supaya tiada ketulan tepung.
  4. Panaskan kuali leper yang tidak melekat dengan api sederhana.
  5. Tuangkan adunan menggunakan acuan roti jala dan buat corak berjaring.
  6. Masak sehingga permukaan roti jala kering. Tidak perlu diterbalikkan.
  7. Angkat dan lipat atau gulung mengikut citarasa. Ulang sehingga adunan habis.

Bahan-bahan sos paandan:

  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan air
  • 100 ml santan
  • 1 biji telur
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Secubit garam
  • Sedikit pes pandan atau esen pandan (jika suka rasa pandan yang lebih menyerlah)

Cara-cara penyediaan sos pandan:

  1. Satukan susu cair, air, santan, telur, gula, tepung jagung, garam dan pes pandan ke dalam periuk.
  2. Kacau sehingga semua bahan sebati sebelum dihidupkan api.
  3. Masak menggunakan api sederhana sambil dikacau tanpa henti.
  4. Teruskan mengacau sehingga sos menjadi pekat dan berkrim.
  5. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit sebelum dihidangkan bersama roti jala.

Sumber: Elza Zawaty

Baca juga: Cekodok Pisang Sedap Guna 100% Tepung Beras, Lebihkan Pisang Baru Jadi Lembut Dan Manis

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN