Jom cuba resipi punten yang merupakan salah satu makanan tradisi yang terkenal dalam kalangan masyarakat keturunan Jawa, terutamanya di daerah Sabak Bernam. Sajian ini juga tidak asing lagi dalam masyarakat Melayu.

Rupa sajian ini seakan-akan nasi impit, namun sedikit berbeza dari segi rasa. Punten lebih berlemak kerana dimasak bersama santan dan garam. Sedap dinikmati bersama sambal cili padi.

Ada yang nak cuba? Ikut saja resipi hasil perkongsian dari Suhana Mohd Khalis di bawah ini. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Kuih Penyaram Atau Cucur Jawa Perisa Pandan Horlicks, Nampak Unik & Sedap!

Resipi Punten Makanan Jawa

Bahan-bahan:

  • Beras 1 cawan
  • 1 ½ cawan air
  • 1 cawan santan (saya guna santan kota+minyak masak 1 sudu)
  • Garam sikit

Cara-cara:

1. Masak nasi macam biasa, tekstur nasi akan jadi lembik sedikit. Lemyek/tumbuk nasi sampai lembut.

2. Bila dah suam, kepalkan mengikut saiz yang disukai (boleh guna pencetak karipap, lapik plastik).

3. Boleh terus susun dalam bekas. Tunggu sejuk baru boleh tutup bekas.

Bahan-bahan sambal hijau:

  • 4 biji bawang besar
  • 5 biji bawang putih
  • Segenggam ikan bilis
  • 30 biji cili padi
  • Sedikit belacan

Cara-cara:

1. Kisar kasar semua bahan. Tak perlu kisar halus.

2. Tumiskan bahan kisar sampai pecah minyak. Perasakan dengan garam/serbuk perasa/gula melaka/gula putih.

3. Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!

Kredit: Suhana Mohd Khalid

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN