puding milo

Anak-anak gemar makan puding? Puding milo ni pun salah satu kegemaran rakyat Malaysia tau. Hanya menggunakan bahan yang mudah dijumpai confirm puding korang tu sedap.

Bila cakap pasal puding mesti teringat puding yang dimakan masa sejuk. Tapi sekarang anda boleh menikmati puding itu dalam size mini dan sesuai untuk diagihkan kepada setiap individu.

Resipi Puding Milo

Bahan-bahan:

  • 10gm serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula
  • 4 cawan air
  • 1 1/2 cawan milo
  • 1 cawan susu cair
  • Secubit garam

Cara memasak:

  1. Dalam periuk masuk serbuk agar-agar, gula & air. Kacau-kacau rata.
  2. Masak hingga mendidih. Masuk milo, susu cair & garam. Kacau-kacau sebati.
  3. Kemudian, adunan tadi tapiskan dalam jug kecil.
  4. Tuang dalam acuan/loyang 7 inci. Suamkan. Masuk peti sejuk 1 jam lebih.
  5. Keluarkan. Sedia dimakan.

puding milo

Sekejap je dah siap puding kita ni. Jadi tunggu apa lagi. Jom buat menu ni sebagai pencuci mulut untuk petang ini.

Kredit: Zura Zul

Baca juga:

Resipi Agar-Agar Milo Ini Memang Sangat Sedap, Anak Suka & Asyik Ulang Makan

Resipi Mudah Kek Marshmallow Milo, Rasanya Yang ‘Chewy’ Sumpah Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN