Categories: Resipi

Rupanya Buat Puding Jagung Tak Susah, Campur Semua Bahan & Masak Sampai Pekat!

Kalau ada jagung tin tersimpan dalam kabinet dan sudah lama tidak terusik, boleh cuba buat puding jagung simple ini. Tak perlu banyak bahan dan cara penyediaannya pun mudah kerana semua bahan hanya perlu dicampurkan sebelum dimasak hingga pekat.

Resipi puding kastad jagung ini menggunakan gabungan jagung creamy, susu cair, santan dan tepung kastad. Hasilnya, puding mempunyai tekstur lembut dan rasa lemak manis yang sesuai dinikmati sebagai pencuci mulut.

Kalau nak lagi nikmat bila dimakan, puding ini perlu disejukkan terlebih dahulu dalam peti ais sebelum dihidangkan. Boleh juga masukkan ke dalam bekas kecil atau loyang mengikut kesesuaian.

Baca juga: Resepi Puding Buah Viral, Cute & Cepat Habis Bila Letak Atas Meja Dessert

RESEPI PUDING JAGUNG SIMPLE

Bahan-bahan:

  • 1 tin jagung creamy
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air
  • ½ cawan gula
  • 1 tin tepung kastad
  • 1 kotak santan (200 ml)
  • 1 kotak air
  • Sedikit garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan jagung creamy, susu cair, air, gula, tepung kastad, santan, air dan sedikit garam ke dalam periuk.
  2. Kacau semua bahan hingga sebati dan pastikan tepung kastad tidak berketul.
  3. Masak adunan menggunakan api sederhana sambil terus dikacau supaya bahagian bawah tidak hangit.
  4. Teruskan memasak sehingga adunan menjadi pekat dan mula meletup-letup.
  5. Tutup api dan tuangkan puding ke dalam bekas atau acuan pilihan.
  6. Biarkan puding sejuk pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
  7. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan. Puding jagung ini lebih sedap dinikmati ketika sejuk.

Sumber: Azlina Azmee

Baca juga: Resipi Puding Biskut Layer, Sekali Potong Terus Nampak Cantik Berwarna-Warni

Wan N

Recent Posts

Resipi Kuih Dorayaki Lembut & Gebu, Boleh Letak Aneka Inti Disukai… Bukan Hanya Kacang Merah!

Resepi dorayaki ini memang sesuai dicuba kalau suka kuih yang lembut, gebu dan mempunyai inti…

20 minutes ago

Cara Buat Apam Pisang Kukus Supaya Jadi Lembut, Gebu Dan Kembang Cantik!

Apam pisang kukus antara kuih yang boleh disediakan menggunakan pisang berangan yang sudah cukup masak.…

1 hour ago

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

3 days ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

3 days ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

3 days ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

3 days ago