Categories: Resipi

Resipi Portuguese Toast Ala Harold’s Bread, Buat Sendiri Boleh ‘Adjust’ Rasa Manis

Pengguna laman sosial Facebook bermama Ju Zue ada berkongsikan resipi Portuguese Toast Homemade, mudah saja nak buat sendiri rupanya. Anda juga boleh ubah suai tahap kemanisan mengikut selera masing-masing. Sangat sedap dan berkrim!

Pasti ramai yang suka pergi kedai Harold’s Bread kan? Memang rambang mata dibuatnya, banyak pilihan roti serta pencuci mulut yang mengiurkan. Portuguese Toast ini merupakan salah satu roti yang top seller di kedai ini.

Baca juga: Roti Boy Cara Mudah Guna Sukatan Cawan, Aroma Kopi Rasa Lemak Manis!

Resipi Portuguese Toast Ala Harold’s Bread

Bahan-bahan:

  • Roti gardenia putih @ roti benggala 2 keping
  • Cheesedale 2 keping
  • Susu segar (sukatan agak-agak je. Beli kotak kecik pun dah cukup)
  • Gula perang 1 sudu besar (atau letak ikut manis kita suka)
  • 1 sudu butter

**Bahan-bahan boleh diubah suai mengikut citarasa masing-masing.

Cara-cara:

  1. Pertama sekali masukkan butter, susu, cheese dan gula. Kacau rata dan masak atas api yang kecil sehingga cair dan pekat (jangan terlalu pekat).
  2. Tutup api. Sapu atas roti tadi.
  3. Masukkan dalam oven dan bakar sehingga bahagian atas menjadi sedikit warna brown.
  4. Aggaran masa dalam 7 hingga 10 minit pada suhu 160℃ menggunakan api atas bawah.

Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Ju Zue

Baca juga: Sandwich Tuna Telur Mayo, Makan Bila-bila Pun Sedap

Nasiha

Recent Posts

Cara Buat Kuih Lapis Seri Wangi, Lagi Lembut Jika Lebihkan ‘Tepung Ini’

Jom cuba resepi kuih lapis seri wangi ini. Pasti lebih puas hati dan berbaloi-baloi berbanding…

1 hour ago

Resipi Apam Gula Melaka, Lebih Nikmat Makan Dengan Kelapa Parut

Adakah anda berasal dari kampung? Semestinya anda dah cukup biasa dengan pelbagai jenis apam dan…

2 hours ago

Cara Buat Nasi Lemak Lembut & Elok Berderai, Ini ‘Rahsia’ Pasti Menjadi!

Kadang kala kita makan nasi lemak yang terlalu lembik atau tidak masak sekata sekaligus buatkan…

2 hours ago

Resipi Rebung Tumis Cili Padi, Menu Legend Atok Nenek Zaman Dulu

Rebung boleh digunakan untuk memasak pelbagai hidangan yang lazat. Salah satu menu yang boleh dicuba…

2 hours ago

Sup Telur Jejari Ketam Dan Cendawan, Menu Sihat Tapi Kenyang!

Buat anda yang sedang mengamalkan diet sihat, anda pasti mencari resipi menu yang ringkas tapi…

3 hours ago

Acar Darat Johor, Mudah Dan Sedap Sangat Resipinya!

Acar Darat Johor yang sangat dikenali di negeri Johor ini sangat simple resipinya namun boleh…

6 hours ago