Categories: Resepi

Resipi Pisang Goreng Rangup, Meriah Bunyi ‘Krup Krap’ Bila Mengunyah!

resipi pisang goreng rangupresipi pisang goreng rangup

Tiada yang lebih menyelerakan di waktu petang selain mencuba dan menikmati resipi pisang goreng rangup dengan secangkir kopi atau teh. Resipi ini pasti akan menjadi kegemaran anak-anak dan keluarga kerana teksturnya yang garing dan berkeriuk

Selain itu, sekiranya anda tidak begitu berminat dengan tekstur terlalu rangup, anda boleh mencampurkan adunan tepung ini dengan sedikit tepung goreng pisang jenama Adabi untuk hasil yang lebih rata dan bersalut.

Jom lihat cara bagaimana nak dapat hasil rangup puas hati!

Baca lagi: Resepi Ayam Masak Cabai, Ikut Cara Orang Dulu-Dulu Ini Dapat Aroma Luar Biasa!

RESIPI PISANG GORENG RANGUP

Bahan-Bahan:

  • Pisang – gunakan jenis yang disukai, contohnya pisang awak atau pisang tanduk.
  • Tepung Beras – 1 cawan
  • Tepung Jagung – ½ cawan
  • Serbuk Kunyit – secukupnya untuk warna (boleh juga guna serbuk minuman jagung)
  • Garam – secubit untuk menambah rasa
  • Telur – 1 biji
  • Kapur Makan – ¼ sudu kecil untuk rangup
  • Air – secukupnya untuk membentuk adunan tepung

Cara Penyediaan:

1. Campurkan tepung beras, tepung jagung, serbuk kunyit, garam, telur, dan kapur makan dalam satu mangkuk. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan mencapai kepekatan yang sederhana iaitu tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair, supaya tepung boleh bersalut pada pisang dengan sempurna.

2. Panaskan minyak dalam kuali sehingga benar-benar panas. Pastikan minyak mencukupi supaya pisang boleh digoreng dengan sekata dan rangup.

3. Ambil sedikit adunan tepung dan letakkan dalam gelas kecil. Tambahkan sedikit air dalam adunan tersebut untuk mencairkannya sedikit, kemudian curahkan campuran ini ke dalam minyak panas. Ia akan membentuk kerak halus ‘krup krup’ yang akan menjadi lapisan tambahan pada pisang goreng.

4. Celupkan potongan pisang ke dalam adunan tepung, pastikan ia bersalut dengan rata. Letakkan pisang di atas lapisan ‘krup krup’ yang telah terbentuk tadi di dalam minyak.

5. Goreng sehingga bahagian bawah pisang keperangan, kemudian terbalikkan untuk memastikan ia masak dan rangup pada kedua-dua belah.

6. Setelah pisang goreng kelihatan keemasan dan cukup garing, angkat dan toskan minyaknya. Hidangkan pisang goreng ketika masih panas untuk merasai kerenyahan yang maksimum.

Sumber: Nur Masri

Baca lagi: Resipi Coleslaw Mudah, Tambah 1 Bahan Rahsia Ini Supaya Lagi ‘Creamy’ & Lazat!

Aisha Qistina

Recent Posts

Buat Sendiri Bread Crumbs Guna Roti Keping, Senang Saja Rupanya!

Serbuk roti atau bread crumbs bahan yang sering digunakan dalam banyak resipi, terutamanya untuk lapisan…

14 hours ago

Nasi Mentah Jangan Dibuang, Rupanya Boleh Diselamatkan Dengan 5 Petua Ini

Semua orang pasti pernah hadapi masalah nasi jelantah iaitu mentah atau kurang masak. Oleh itu,…

16 hours ago

Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata

Nak buat puding cantik dan terbentuk elok bukanlah mudah, tapi tak mustahil jika tahu caranya.…

17 hours ago

Cara Buat Perapan Ayam Bakar Sedap, Sesuai Untuk Wrap, Sandwic & Salad

Cara perap ayam bakar yang sedap ada tekniknya. Jika ingin gunakan dalam sandwic, wrap, atau…

17 hours ago

Resipi Ikan Cencaru Sumbat, Ikut Cara Ini Dijamin Isi Tak ‘Terburai’

Resepi ikan cencaru sumbat ini ada peminatnya! Bila makan sedap tak terkata, tak perlu lauk…

20 hours ago

Beza Chopper Dan Blender, Mana Satu Yang Lebih Sesuai Pakai Di Dapur?

Chopper dan blender merupakan antara peralatan yang wajib ada di dapur. Namun, anda perlu tahu…

20 hours ago