resepi cireng goreng

Resepi cireng goreng yang rangup di luar dan kenyal di dalam ini memang wajib cuba. Cireng ialah makanan ringan yang berasal dari Sunda, Jawa Barat.

Kuih ini diperbuat daripada adunan tepung kanji atau tapioka yang digoreng. Nama “cireng” adalah singkatan daripada “aci digoreng” dalam bahasa Sunda.

Makanan ini mempunyai tekstur yang rangup di luar dan kenyal di dalam. Sesuai sangat dijadikan snek petang atau hidangan santai sambil tengok TV.

Baca juga: Resipi Kuih Lopes Pandan, Kombinasi Manis Gula Melaka & Pulut Menggamit Nostalgia

RESEPI CIRENG GORENG RANGUP

resepi cireng goreng

Bahan-bahan:

  • 6 sudu besar tepung ubi (Kalau nak buat lebih banyak, tambahkan jumlah tepung ubi ya)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • Daun bawang (dihiris halus)
  • 3 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

  1. Masukkan tepung ubi, bawang putih, daun bawang, air dan garam ke dalam periuk.
  2. Masak dengan api perlahan sehingga adunan menjadi pekat dan likat.
  3. Bila dah cukup likat, angkat dan pindahkan ke dalam bekas lain.
  4. Kalau nak guna periuk yang sama pun boleh, cuma tunggu sejuk sedikit supaya mudah diuli.
  5. Dalam bekas lain, masukkan sedikit tepung ubi kering. Campurkan dengan adunan likat tadi.
  6. Cubit adunan dalam 2–3 bahagian kecil, leperkan dan bentuk ikut suka.
  7. Panaskan minyak dan goreng sehingga keemasan.
  8. Siap! Hidangkan bersama sos kegemaran anda.

Sumber: Noryana Mohamed Yusof

Baca juga: Jom Cuba Buat Kuih Lopes Ubi Kayu, Lagi Nikmat Bila Disiram Air Gula Melaka

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN